Sabtu, 12 Januari 2008

SEMBELIHAN BINATANG YANG CACAT/SAKIT

Soalan : Apa hukumnya bagi Sembelihan binatang yang cacat/sakit?

Jawapan

Binatang yang cacat harus disembelih untuk dimakan dagingnya, namun tidak harus diniatkan korban jika kecacatan itu adalah yang ketara sebagaimana yang ditetapkan oleh ulamak dalam syarat-syarat binatang Korban.

Binatang yang sakit juga harus disembelih jika ia masih mempunyai nyawa yang tetap, yakni bukan berada di hujung nyawa atau hampir sangat kepada mati. Dikecualikan jika sakit yang dihadapi oleh binatang itu adalah sakit yang boleh mendatang mudarat kepada manusia jika dimakan dagingnya seperti ia dijangkiti virus dan kuman merbahaya atau sebagainya, maka tidak haruslah disembelih untuk dimakan dagingnya kerana Allah berfirman;

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. (al-Baqarah: 195)

Walahu a’lam.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...