Tuesday, September 9, 2008

MATAN DOA

Soalan; ustaz, saya pernah terdengar ceramah yang menceritakan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a yang bermaksud "Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan diriku dengan sekilas pandang". Bolehkah ustaz nyatakan matan hadis tersebut dalam bahasa arab supaya senang untuk dibaca & diamalkan. Terima Kasih.

Jawapan;

Matannya ialah;

يا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِكَ أسْتَغِيثُ أصْلِحْ لي شأنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْني إلى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنِ
“(Ya Allah) wahai Tuhan yang maha hidup dan wahai Tuhan yang mentadbir sekelian makhlukNya, dariMu aku merayu bantuan, islahkanlah keadaan diriku sepenuhnya dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri sekalipun untuk (tempoh) sekedip mata”

Anas bin Malik r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. telah mewasiatkan zikir di atas kepada anaknya Fatimah r.a. agar ia membacanya setiap hari ketika pagi dan petang” (HR Riwayat Imam an-Nasai, al-Hakim, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Anas r.a.).

Wallahu a’lam.
Post a Comment