Langkau ke kandungan utama

MENJAMAKKAN SOLAT KERANA TERDESAK

Soalan; ustaz, exam saya bermula pukul 3ptg. tetapi saya telah sampai pd pukul 330ptg.saya terpaksa memasuki dewan peperiksan dgn segera tetapi saya belum melakukan solat zohor lg. Bolehkah saya melakukan jamak takhir pd kes sebegini ?

Jawapan;

Tidak sepatutnya seorang muslim melewat-lewatkan solat sehingga akhirnya terpaksa melakukannya di luar waktu. Di dalam surah al-Mukminun, Allah menyebutkan antara ciri orang mukmin ialah “Orang-orang yang menjaga solat mereka”. Menurut ulamak-ulamak Tafsir; menjaga solat bermaksud; “Menjaga waktunya di samping menjaga perbuatan solat itu sendiri (yakni melakukannya dengan sempurna)”. Ibnu Mas’ud menceritakan; Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w.; Apakah amalan yang paling disukai Allah?. Jawab Rasulullah; “Solat di awal waktu” (HR Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Mukminun, ayat 9).

Namun dalam kes saudara, saya bersangka baik; kemungkinan saudara tidaklah sengaja ingin melewat-lewatkan solat. Saudara mungkin keluar awal dari rumah dan bercadang mengerjakan solat berhampiran Dewan Peperiksaan, namun berlaku situasi yang tidak dapat dielakkan –kesesakan jalan raya, kenderaan rosak dan sebagainya-, menyebabkan saudara tiba lewat dan terpaksa terus masuk ke dalam Dewan Peperiksaan untuk mengelak dari dihalang mengambil peperiksaan. Jika situasi terdesak serupa itu, tidaklah kita menanggung dosa jika berlaku kelewatan solat. Sebagai jalan keluar bagi situasi terdesak seumpama itu, saudara bolehlah berpegang dengan pandangan ulamak sebagaimana berikut;

1. Imam ‘Atho’, Imam Malik dan Imam Ahmad, Qadhi Husain (bermazhab Syafi’ie), al-Mutawalli (bermazhab Syafi’ie), ar-Ruyani (bermazhab Syafi’ie) dan al-Khattabi, mereka berpandangan; “Diharuskan menjamak solat kerana uzur sakit atau kerana keuzuran-keuzuran lain yang seumpamanya”.

2. Imam Ibnu Sirin, Asyhab (bermazhab Malik), Ibnu al-Munzir, al-Qaffal (bermazhab Syafi’ie), asy-Syasyi al-Kabir (bermazhab Syafi’ie) dan Ibnu Syabramah, mereka berpendapat; “Harus menjamakkan solat ketika dalam negeri (yakni tanpa bermusafir) jika ada suatu desakan atau keperluan asalkan tidak dijadikan kebiasaan”.

Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu ‘Abbas yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menunaikan solat Zohor dan Asar dengan menjamakkan (kedua-duanya) di Madinah, tanpa sebab ketakutan dan juga tanpa sebab musafir” Dalam riwayat lain; “…tanpa sebab ketakutan dan tanpa sebab hujan”. Ibnu ‘Abbas ditanya; “Kenapakah baginda melakukan demikian?”. Beliau menjawab; “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya” (HR Imam Muslim).

Jadi, bagi ulamak-ulamak di atas, menjamakkan solat diharuskan dengan tiga sebab;
1. Kerana musafir
2. Kerana hujan
3. Kerana suatu keperluan/desakan yang berlaku.
Adapun dalam mazhab Syafi’ie, menjamakkan solat tidak diharuskan kecuali kerana musafir dan hujan sahaja.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 5/221.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 2/176.
2. Dalail al-Ahkam, juz. 1, hlm. 419-420.
3. Kifayatul-Akhyar, hlm. 141-142.
4. Al-Wajiz Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Kitab al-‘Aziz, Dr. Abdul-Aziem Badawi, hlm. 146.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam. Merujuk kepada jawapan ustaz diatas, bolehkah saya solat jamak taqdim untuk perkara yang tidak boleh dielakkan? Contoh. Saya diarahkan menghadiri mesyuarat penting dengan client yang akan berlangsung dari jam 4pm hingga ke malam. Untuk mengelakkan dari meninggalkan mesyuarat, saya jamak solat zuhur dgn asar i.e jamak taqdim. Apa pandangan ustaz?
zanasmon berkata…
Bagaimana jika kita berasa takut untuk melakukan solat disebabkan oleh persekitaran contohnya bekerja di pejabat di luar negara seperti US dimana mereka mempunyai buruk sangka terhadap orang Islam. Adakah dibolehkan?
soraya berkata…
salam Ustaz,
macamana kalau solat di musim sejuk dengan jarak antara waktu solat yang amat pendek contohnya zuhur 11.45pagi dan asar 12.09t.hari. dan ketika waktu tersebut terdapat kuliah yang terpaksa dihadiri.adakah dibolehkan untuk jamak takhir sehingga musim berakhir? terima kasih
Tanpa Nama berkata…
salam ustaz, saya nak tanya kenapa hujan pun membolehkan jamakkan solat. sbb kalau kita kat malaysia ni, hujan tu alhamdulillah tak mendatangkan apa2 masalah. boleh je solat macam biasa. harap ustaz sudi memberikan jawapan untuk saya yang banyak persoalan daripada jawapan ini.

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...