Selasa, 7 Oktober 2008

MENCUKUR BULU DI KAKI

Soalan; Uztaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? adakah itu haram? saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, uztaz?? Untuk pengetahuan uztaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan di televisyen (Veet). terima kasih, uztaz.

Jawapan;

Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya keliru dengan jawapan ustaz kerana saya difahamkan bahawa wanita dilarang sama sekali dalam syarak untuk mencukur bulu-bulu kening termasuklah bulu kaki dan bulu roma...
berikut adalah maklumat yg saya dapat dr laman perbincangan mengenai perkara ini.

Ertinya : Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .

“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadist tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .
Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas .

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
ustaz,tapi ada juga sy terbaca sesetengah org mengatakan tidak boleh mencukur bulu kaki bg perempuan..sy confuse...
boleh ustaz jelaskn mengapa ada perbezaan pendapat sebegini?

Tanpa Nama berkata...

ustad,dalam adat jawa kalau ada perempuan nikah, pasti harus mencukur sedikit bulu alis karena itu merupakan salah satu syratnya.apa gadis itu juga dilaknat allah?

NOOR MUNIRAH berkata...

terima kasih ustaz....
saya juga ada persoalan seperti di atas dan alhamdulillah ustaz telah menjawab pertanyaan saya.
salam.

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz, boleh tak uts bagi dalil yang mengharuskan cukur bulu kaki n bulu lengan..

sebab selama ana baca n belajar , tak boleh melainkan dengan sebab2 tertentu seperti bulu kaki atau tangan tu tebal dan mengaibkan seseorang perempuan tu ataupun dengan keizinan suami.

harap mendapat maklum balas..
syukran

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz. bagaimana pula hukumnya membentuk bulu kening, bukanlah mencukurnya sampai habis? mengikut kepahaman sy merujuk kpd http://www.bicaraagama.co.cc/2009/10/hukum-cukur-bulu-kening_11.html, mencukur sedikit dibolehkan? apakah pendapat ustaz?

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz...apa hukumnya pakai braces untuk mencantikkan gigi tu ustaz??adakah haram juga?

Tanpa Nama berkata...

http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/hukum-mencukur-bulu-kaki.html

ustaz,bila sy baca artkel nie.. hukum mencukur bulu kaki bg perempuan itu haram..macam mana ustaz? sy keliru..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz..mnurut pandangan islam,hukum bg lelaki yg mencukur bulu kaki adalah haram.tetapi jika niat mncukr bulu kaki itu hanya untuk menanggalkn parut di betis dan bkn untuk kcntkan tetapi untuk kshtan.adakah ia dbolehkn.untuk pngthuan ustaz,parut ni timbul stlh sy mndapat stu pyakit kulit.adakh ia dbnrkn??

Tanpa Nama berkata...

bagaimana jika lelaki yang mencukur bulu kakinya pula ? adakah hukum nya berubah ke haram ?

Tanpa Nama berkata...

tu kalau perempuan.kalau lelaki bercukur bulu kaki macam mana pulak??
kalau tak cukur tapi hanya gunting sahaja untuk nipiskan sahaja salah jugak ke ustaz??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. ustaz sy nak tanya,kalau seseorang perempuan itu mempunyai bulu roma dibahagian muka yang lebat seperti dibahagian pipi, atas bibir...dan pernah ada orang tegur tentang tu, jadi bole ke dia mencukur atau membuang bulu roma dibahagian tersebut? apakah hukumnya?

terima kasih ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum ustz,
Sy pernh bertya rakan dan dia berkata bhwa haram bg wanita belum berkahwin. Sy juga berkeadaan begini kerana ia lebat dr biasa jd sy mencukurnya dan sy blum berkahwin. x mgapa kn?

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz,

berkenaan topik ini, saya ada soalan. Adakah hukumnya tetap sama samada bulu kaki di cukur secara kekal mahupun tidak?

cukur / veet : tidak kekal
cabut : kekal dgn kekerapan yg tinggi
rawatan laser : kekal

Tanpa Nama berkata...

adakah hukum yang sama ke atas lelaki?

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula membuang bulu kaki menggunakan rawatan laser?..seorang perempuan itu berasa malu sbb ada bulu kaki yang panjang seperti laki.tetapi prempuan itu masih belum bersuami.jadi bolehkah dia membuang bulu kaki tanpa keizinan sesiapa?

Amizz berkata...

Hukum cukur bulu kaki bagi lelaki?

Tanpa Nama berkata...

Jawapan dari ustaz azhar idrus

http://www.youtube.com/watch?v=RKRgbOaUaiM

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...