Langkau ke kandungan utama

QADA SOLAT

Soalan : assalamualaikum ustaz,bagaimana hendak qada solat yg telah lama tertinggal? contohya jika ingin qada solat subuh,adakah perlu qada selepas kita selesai slt subuh atau sebelum kita solat subuh pada hari berikutnya? bagaimana pula niat untuk qada solat?

Jawapan ;

Solat qadha harus dilakukan pada bila-bila masa termasuk pada waktu-waktu yang dilarang (yakni selepas solat subuh, selepas asar dan sebagainya). Solat qadha juga tidak terikat dengan waktunya. Kerana itu, harus qadha subuh dilakukan pada waktu zohor, asar atau sebagainya.
Niat solat qadha sama sebagaimana solat tunai, contohnya (jika kita qadha subuh), memadai kita niatkan di dalam hati; "sahaja aku menunaikan solat subuh dua rakaat kerana Allah". Tidak wajib kita meniatkan qadha (solat ganti). Ia hanya disunatkan sahaja.
Wallahu a'lam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
uztaz,nak tnye la..
jika kita nak qada solat, contoh solat subuh,dan nak diqadakan pada waktu zohor, selepas solat zohor baru kita qada solat subuh tu ke, atau sebaliknya??
ReanRahmat berkata…
assalamualaikum..
bagaimane pule dengan qunut tuk solat subuh yang di ganti itu?
salam ustaz,,,saya mohd azlan ,,,,,,saya pun pernah hadapi masalah serupa ini,,,masa d bgku sekolah ketika itu sy x ingat umur berapa,,,,waktu cuti je tertinggal solat subuh,,,,
sekarg sy pelajar poli,,,,,kadg2 sy lupa nk wat terus wat,,,sampai saya bru dapat tahu bahawa,,,haram tunaikan solat subuh yg dh terlepas.tapi ustaz menyarankan agar diqada' segera solat subuh pada waktu dilarang seperti waktu zuhur,,,,terima kasih ustaz,,,
faizal.daud berkata…
macam mana pula jika solat2 yg 4 rakaat? perlu lengkap rakaat atau sekadar sama solat sunat misalnya 2rakaat..

terima kasih ustaz..
Unknown berkata…
salam ustaz , kalau kita qadha solat subuh masa waktu subuh diterima tak ? maksud saya , adakah cara itu betul atau salah ? saya keliru . dulu saya selalu tinggal solat , tapi sekarang saya bertaubat dan ingin ganti semula solat yang saya sudah tinggalkan selama ni .
Tanpa Nama berkata…
salam...
setahu saya solat qada tu mesti ditunaikan segera sekiranya kita ingat akan solat yang tertinggal. tidak semestinya menunggu waktu zohor atau asar.sila beri tunjuk ajar. terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
salam ustaz minta dalil aqli dn naqli mengenai solat qadha ini...??

dr si jahil
RAZALI BAHARUM berkata…
alhamdulillah bru sy paham
Unknown berkata…
assalammualaikum ustaz...

persoalan saya... apa hukumnya sekiranya seseorang itu berkata "HARAM" pada ilmu yang diajar atas sebab tertentu. adakah hasil jualan dari ilmu yang diajar itu, haram?
Unknown berkata…
assalammualaikum ustaz

persoalan saya, apakah hukumnya jika seseorang itu mengharamkan ilmu yang telah diajar atas sebab tertentu. adakah hasil yang diterima itu juga haram sekiranya ianya dalam situasi perniagaan
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum. ustaz, saya sudah berumur 21tahun.. da banyak solat saya tertinggal.. jika dikira sapanjang 21tahun, kesemuanya 38,325waktu... bagaimana saya hendak qada kesemua waktu tersebut?

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk