Ahad, 30 Ogos 2009

MASUK AIR DALAM DUBUR; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA?

Soalan;

Assalamualaikum , Ustaz saya hendak menanyakan soalan yang membuatkan saya muyskil. Apakah batal puasa kita sekiranya air memasuki ke dalam qubul atau dubur semasa berinstijak menggunakan air??

Jawapan;

Perkara ini menjadi khilaf ulamak. Menurut mazhab Syafi’ie; ia membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja (termasuk kerana berlebihan ketika beristinjak iaitu membasuh berak atau kencing (khususnya bagi perempuan)). Begitu juga, akan membatalkan puasa jika memasukkan jari. Jika tidak sengaja atau terpaksa tidaklah membatalkan puasa. Contoh terpaksa ialah orang yang mengidap buasir di mana lubang punggung terkeluar dan ia terpaksa menjoloknya dengan jari untuk memasukkan semula, tidaklah membatalkan puasa kerana ia terpaksa melakukannya.

Menurut Imam Daud, Ibnu Hazm dan as-Syaukani; ia tidaklah membatalkan puasa sama ada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja kerana tiada nas yang menegaskannya dan tidak pula dapat dikiaskan dengan makan, minum atau jimak. Pandangan kedua inilah yang ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fiqh Shiyamnya.

Wallahu a’lam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ust..saya mengalami penyakit kencing tidak lawas.jd selepas saya buang air..saya akan biarkan air kencing yg tidak lawas itu keluar dlm tempoh yg tertentu.Selepas sudah lawas ..baru saya basuh..persoalannya..adakah batal puasa saya jika air masuk ke dalam?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ust..saya mengalami penyakit kencing tidak lawas.jd selepas saya buang air..saya akan biarkan air kencing yg tidak lawas itu keluar dlm tempoh yg tertentu.Selepas sudah lawas ..baru saya basuh..persoalannya..adakah batal puasa saya jika air masuk ke dalam?

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...