Sabtu, 5 September 2009

BANTUAN KITA UNTUK SI MATI

Soalan;

Salam, ustaz. suami saya baru meninggal sebulan yang lalu. Selain berdoa, apakah lagi perkara-perkara yang dapat saya lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh? Sekian , terima kasih.

Jawapan;

a) Berdoa dan memohon ampun untuknya
b) Memberi infak dan bersedekah untuknya; termasuk infak jariah, wakaf dan sebagainya.
c) Berpuasa ganti untuknya atau membayar fidyah.
d) Melunasi hutangnya
e) Melakukan haji untuknya

Perkara di atas telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi manfaat kepadanya di alam barzakh jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh harap kepada Allah. Adapun membaca al-Quran dan berzikir untuk si mati, para ulamak berikhtilaf. Jumhur ulamak berpendapat; ia sampai kepada si mati terutama jika diikuti dengan berdoa selepasnya. Ada sebahagian ulamak berpendapat; ia tidak sampai.

Untuk tambahan, sila baca ulasan/jawapan saya sebelum ini;
1. Amalan untuk si arwah (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/amalan-untuk-si-arwah.html).
2. Qadha puasa dan fidyah untuk si mati (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/qadha-puasa-dan-fidyah-untuk-si-mati.html).
3. Amalan orang hidup untuk si mati (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/amalan-orang-hidup-untuk-orang-mati.html) dan (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/amalan-orang-hidup-untuk-si-mati.html).

Wallahu a’lam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam Ust. saya sentiasa mengikuti ceramah ust.saya nak tanya harap ust dapat jawab. Bagaimana nak menghadapi seorang suami yang suka mengungkit setiap kerja yg dibuat, setiap duit yg keluar n selalu mengeluh..waktu gembira memang dia suka tapi bila berlaku sesuatu yg susah/buruk dia akan menyalahkan saya...saya bekerja begitu juga dia. pengorbanan kewangan saya semuanya utk keluarga namun saya rasa x dihargai kerana saya x rasa disayangi kerana selalu dimarahi n dikondem x pernah dipuji. kerana anak saya sering dipersalahkan...kadang kala hilang sabar saya maka saya menjawab..selalu saya senyap n menangis dlm bilik sendiri. harap ust dapat bantu saya....

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...