Soalan; Assalamualaikum Ustaz semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.
Saya ingin bertanya adakah benar tanggapan sesetengah pihak bahawa tidak elok sekiranya melakukan sesuatu amalan/ perbuatan pada hari selasa? Kononnya boleh mendatangkan kemudaratan dan sebagainya. Suami saya selalu menegah sekiranya saya ingin membeli pakaian/ barangan lain pada hari selasa kerana barangan mudah rosak dan tidak elok kerana hari selasa. adakah benar dalam islam wujud akan perkara ini dan apakah pandangan islam sekiranya seseorang itu mempercayai perkara ini. Sekian t. kasih.
Jawapan;
Setiap larangan atau tegahan yang didakwa mesti disokong oleh dalil al-Quran dan as-Sunnah. Kewajipan mendatangkan dalil adalah tertanggung kepada orang yang mendakwa. Jika tidak ada sebarang dalil, tidak wajib kita mempercayainya, malah jika dakwaan dibuat atas nama agama, haram kita mempercayainya kerana agama adalah hak Allah dan Rasul, tidak harus sesiapa mengada-adakan sesuatu dalam agama atau mempercainya sedangkan perkara itu tidak pernah dikatakan oleh Allah dan Rasul. Terdapat hadis dari Rasulullah -sallallahu 'alaihi wasallam- menegaskan; "Sesiapa mengada-adakan dalam urusan agama ini sesuatu yang bukan darinya, ia adalah tertolak" (HR al-Bukhari dan Muslim dari 'Aisyah -radhiyallahu 'anha-). Baginda juga bersabda; "Sesiapa sengaja mengadakan pendustaan terhadapku, sediakanlah tempat duduknya dalam neraka" (HR al-Bukhari dari al-Mughirah bin Syu'bah -radhiyallahu 'anhu-).
Wallahu a'lam.

Ulasan