Sabtu, 10 Julai 2010

MENYAPU MUKA SELEPAS SOLAT

Soalan; Assalamualaikum, saya ada kemusykilan yang memerlukan pandangan ustaz. Perbuatan menyapu muka setelah solat, saya diberitahu haram dilakukan. baru-baru ini terbaca tentang menyapu kepala sesudah solat sunat dilakukan. boleh ustaz jelaskan?
Terima kasih.

Jawapan;

Dalam kitab al-Azkar (karya Imam an-Nawawi) terdapat hadis riwayat Imam Ibnu Sunni dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى صَلاَتَهُ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ قَالَ: "أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ وَالْحَزنَ"
“Adalah Rasulullah SAW. apabila selesai dari mengerjakan solat, baginda akan menyapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian baginda membaca doa;

أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ وَالْحَزنَ
“Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, Yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah! Hilangkanlah dari diriku kedukaaan dan kesedihan”.

Dalam riwayat yang lain; "Baginda menyapu kepalanya dengan tangan kanannya dan membaca doa di atas"  (al-Mu'jam al-Ausat, Imam at-Tabrani; 3178).

Menurut ulamak-ulamak hadis (antaranya Imam Ibnu Hajar); sanad hadis tersebut adalah dhaif.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Nataij al-Afkar Fi Takhrij Ajadith al-Azkar (Bab al-Azkar Ba’da as-Solah), Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H), terbitan; Dar Ibnu Kathir (2008).
2. Al-Azkar, Imam an-Nawawi (Bab al-Azkar Ba’da as-Solah), tahqiq; Syeikh 'Abdul Qadier al-Arnaut, Dar al-Fikr (Lubnan).

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Warahmatullah,

Setelah sekian kita ketahui bahawa Sheikh Nasiruddin Albani tidaklah mempunyai ijazah dalam bidang hadith dan telah sekian kita ketahui bahawa Sheikh Albani banyak melakukan kesilapan dalam penilaian hadith sebagaimana yang diterangkan oleh Sheikh Hasan ibn Ali al-Saqqaf dalam kitab karangannya yang bertajuk "Tanaqadat al-Albani al-Wadihat " atau " Kesilapan Albani yang Nyata ", menjadikan status hadith yang dikeluarkan oleh Sheikh Albani sebagai wajar dipersoalkan.

Persoalannya ialah bolehkan Tuan terangkan atas dasar apakah hadis-hadis itu didhaifkan / dimaudhukkan ? Adakah ini pandangan para Muhadithin yang lain, yang lebih tinggi martabat mereka dari Sheikh Albani ?

Harus ditekankan disini bahawa Sheikh Albani banyak mendaifkan hadith-hadith yang status mereka kuat seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, An-Nasai dan sebagainya.

Dan beliau sendiri banyak melakukan pencanggahan apabila menilai sesuatu hadith sebagai sahih dalam sebuah kitabnya tetapi kemudian mendaifkan hadith yang sama dalam kitabnya yang lain.

Kesilapan beliau terlalu banyak untuk seseorang yang digelar sebagai seorang tokoh / pakar hadith.

Maka itu berhati-hatilah kita apabila mengambil / menolak hukum berdasarkan apa yang diputuskan oleh Sheikh Albani.

Wallahu 'alam,

Wassalam

Wan Md Zamri Wan Mahmud berkata...

jawapanya. sapulah muka selesai solat , yg tak nak sapu dia punya pasal. Imam Nawawi ikut nabi , Al-Bani tiada dlm senarai ulama2 kami? wallualam

Wan Md Zamri Wan Mahmud berkata...

أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ وَالْحَزنَ

sapulah muka bersumberkan Imam Nawawi . sunnah.

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...