Soalan; Saya nak tahu cara nak tanam anggota badan yang di potong contoh kaki.
Jawapan; Anggota yang terpotong dari badan seseorang ketika ia masih hidup, yang dituntut untuk dilakukan ialah membalutnya, kemudian menanamnya sebagai menghormati jasad manusia. Adapun membasuhnya, diharuskan tetapi tidaklah diwajibkan mahupun disunatkan. Tidak disyariatkan menyembahyangkannya. Hukumnya sama seperti bayi yang keguguran sebelum usianya 6 bulan dan tidak lahir bernyawa; ia hanya perlu dibalut dan ditanam, harus memandikannya dan tidak perlu disolatkan.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu', Imam an-Nawawi, kitab al-Janaiz, bab as-Solati Ala al-Mayyit (5/254).
2. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syirbini, Kitab al-Janaiz (4/266).
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
2 ulasan:
Assalam ustaz...
tahniah!! kerana penghujahan ust yg bernas.. =)
saya menyarankan ustaz menyediakan 1 bahagian untuk followers... dengan ini, apa maklumat yg ustaz update,sya leh terima terus..sya teringin nk folo(ikut)blog ust... kerana penghujahan yg bagus... kalau untuk apa makluman or macamna nk buat followers tu ust leh bertnyakn kpd sya di mohdnajib88@gmail.com
assalam ust...
hujah yang baik, dan penjelasan yang sya sgt suka...
sya mencadangkn agar mneyediakan box untuk followers...
klau ustaz tidak paham apa itu followers box, ust leh bertnyakn kpd sya dgn email ni mohdnajib88@gmail.com
Catat Ulasan