Tuesday, June 7, 2011

PUASA ISNIN & KHAMIS DAN 3 HARI SETIAP BULAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu tentang puasa sunat isnin dan khamis , adakah puasa ini perlu dilakukan pada isnin dan khamis pd minggu yang sama atau minggu berlainan(isnin minggu pertama,khamis minggu kedua dsb.) atau boleh memilih antara dua hari itu yakni puasa pd isnin saja tp tidak pada khamis begitu sebaliknya?
Kedua,mengenai puasa tiga hari sebulan, apakah hukum jika saya mengambil hari isnin dan khamis sebagai hari utk melakukan puasa sunat tiga hari ini?
Maklum balas ustaz amat dihargai. Wassalam.

Jawapan;

1. Puasa isnin dan kamis boleh dilakukan pada setiap minggu, sama ada berpuasa isnin saja atau khamis saja atau kedua-duanya.

2. Maksud puasa 3 hari setiap bulan (yakni bulan Islam) ialah melakukan puasa pada 3 hari di setiap bulan. Jika seorang melakukan puasa setiap hari isnin bermakna setiap bulan ia berpuasa 4 hari dan itu telah merangkumk maksud puasa 3 hari setiap bulan itu. Namun jika ia menambah puasa dengan berpusa pada tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan akan lebih baik lagi kerana terdapat hadis lain menggalakkan kita berpuasa pada hari-hari putih (iaitu hari ke 13, 14 & 15 setiap bulan Islam).

Untuk membaca lebih lanjut tentang puasa-puasa sunat di atas berserta dalilnya, sila baca di blog “LAMAN FIQH ANDA” (bahagian “Puasa-Puasa Sunat”), atau download E-Book “Puasa-Puasa Sunat” dari blog “EBOOK USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL”.

Wallahu a'lam.
Post a Comment