MOHON PENJELASAN,TERIMA KASIH.
Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu
ala Rasulillah.
Masalah di atas terdapat khilaf di
kalangan ulamak;
1. Menurut mazhab Syafiie dan Hanafi;
korban wajib (dengan sebab nazar atau sebagainya) wajib disedekahkan kesemuanya
iaitu dengan diberikan keseluruhan daging korban kepada fakir miskin dalam
keadaan mentah, tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban dan ahli
keluarganya dan tidak boleh diberikan kepada orang kaya.
Namun mazhab Maliki dan Hanbali; korban
wajib tidak ada beza dengan korban sunat dari segi pengagihan dagingnya, iaitu
boleh dimakan sama oleh orang yang melakukan korban dan keluarganya dan boleh
diberikan kepada orang kaya.
2. Korban yang dilakukan bagi pihak
orang telah mati (dengan wasiat darinya atau tidak) juga sama hukumnya seperti tadi di sisi mazhab Syafiie dan
Hanafi; keseluruhan dagingnya menjadi hak fakir miskin, iaitu wajib
disedekahkan kepada mereka, tidak boleh dinikmati oleh orang yang melaku korban
dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya. Adapun di sisi mazhab Maliki dan
Hanbali; ia sama seperti daging korban yang lain, cuma pahalanya sahaja pergi
kepada si mati.
Untuk penjelasan lebih lengkap tentang cara pengagihan daging korban, sila baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2006/12/cara-terbaik-mengagihkan-daging-korban.html).
Untuk penjelasan lebih lengkap tentang cara pengagihan daging korban, sila baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2006/12/cara-terbaik-mengagihkan-daging-korban.html).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah
al-Kuwaitiyyah, 5/103-104 (perkataan ‘udhiyah’).
2. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu,
Dr. Wahbah az-Zuhaili.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan