Soalan; salam..ust apakah hukum inaikan rambut dgn inai hitam yg
halal...kerana rambut beruban sejak umur 12 tahun lg..skarang 35
thn..bolehkah hitamkan rambut dgn inai hitam ( bukan dail )..tima ksh
ust
Jawapan;
Bismillah. Digalakkan mewarnakan uban, namun jgn dengan pewarna yg berwarna hitam. Sabda Nabi saw: Nabi pernah berkata kepada Abi Qahafah (bapa Saidina Abu Bakar) yang datang kepada Nabi dengan rambut dan janggut yang telah memutih (kerana uban); “Ubahlah warna rambut dan janggut kamu itu dengan sesuatu, akan tetapi jauhilah warna hitam” (HR Imam Muslim dari Jabir r.a.). Berkata Imam an-Nawawi; “Menurut mazhab Syafi’ie digalakkan mencelup uban dengan warna kuning dan merah sama ada bagi lelaki atau perempuan dan haram mencelupnya dengan warna hitam mengikut pandangan yang paling benar” (Syarah Soheh Muslim, juz. 14). Menurut ulamak: harus mencelup dgn warna hampir hitam asalkan bukan benar2 hitam (aunul ma'bud). Wallahu a'lam.

Ulasan