Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan siaran yang sepadan dengan carian Syirik

SYIRIK; APAKAH MASIH ADA HARAPAN TAUBAT?

Soalan; ustaz, saya nak minta penjelasan mengenai perbuatan-perbuatan syirik. Perbuatan ini amat menggerunkan kerana kita tahu ianya satu-satunya dosa besar yang tidak diampuni oleh Allah swt. Walaubagaimanapun, apa yang patut dibuat jika seseorang itu tiba-tiba sedar yang dia telah pernah menghampiri syirik ataupun pernah syirik tanpa disedari? Adakah menghampirinya sama sahaja dengan melakukannya? Adakah ini bermaksud dia tidak ada harapan untuk mendapat keampunanNya dan kesejahteraan di Hari Akhirat walaupun melalui Taubat nasuha? Jawapan; Syirik adalah dosa paling besar di dalam Islam. Orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah, ditutup pintu keampunan untuknya. Ia akan kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia akan mengampunkan dosa selain syirik itu bagi orang yang dikehendakiNya. Sesiapa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa...

TAUBAT, QADHA SOLAT DAN PUASA, SYIRIK

Soalan; Apabila seseorang itu benar-benar telah bertaubat atas dosa-dosanya,apakah yang mesti dia lakukan?sekiranya sebelum ini dia seorang yang tidak solat dan puasa,adakah dia wajib mengqada solat dan puasa selama mana yang dia tinggalkan itu? dan sekiranya dia adalah pengamal syirik, apakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu olehnya? Jawapan; 1. Taubat adalah wajib ke atas setiap dosa yang kita lakukan. Bertaubat tidak cukup dengan beristighfar atau melakukan solat sunat taubat sahaja. Ia mesti dengan kita melaksanakan rukun-rukun taubat, iaitu; a) Meninggalkan maksiat yang dilakukan b) Melahirkan penyesalan dalam diri kerana terlanjur melakukan maksiat tersebut c) Berazam tidak akan mengulangi lagi maksiat tersebut d) Jika berkait dengan orang lain, hendaklah kita membebaskan diri dari haknya, iaitu memulangkan hartanya jika berkait dengan harta, atau menyerah diri untuk dihukum jika berkait dengan qazaf (menuduh orang lain berzina) atau memohon maaf darinya, dan jika kita mengu...

HUKUM JAMPI

Soalan; Apa pandangan Syarak tentang jampi? Adakah harus berjampi dengan bomoh siam atau sebagainya yang bukan Islam? Jawapan; Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda; إِنَّ الرُّقَي وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002) (*At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no. 2002) Di dalam hadis di atas Rasulullah melarang jampi dan menganggapnya sebagai syirik. Namun para ulamak menjelaskan bahawa; jampi yang dilarang dalam hadis di atas dan dianggap sebagai syirik ialah yang terkandung doa atau pemujaan kepada selain Allah, atau yang menggunakan bahasa selain Arab atau bahasa yang tidak difahami yang besar kemungkinan mengandungi kalimah-kalimah kufur atau unsur-unsur syirik. Adapun jampi-...

MENCARI REZKI MELALUI NYANYIAN

Soalan; Assalamu'alaikum wr. wb. Ustaz. Apakah hukum menyanyi dalam Islam dengan tujuan utk mencari rezeki? Jawapan; Hukum nyanyian telah menjadi khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengharamkannya secara keseluruhannya dan ada yang mengharuskannya dengan bersyarat. Tidak ada ulamak yang mengharuskan nyanyian secara mutlak tanpa bersyarat. Jumhur ulamak silam mengharamkan nyanyian atau memakruhkannya. Namun tidak sedikit juga ulamak silam yang mengharuskannya –dengan syarat tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram-, antara mereka Sa’id bin al-Musayyab, Qadhi Syuraih, Imam ‘Atho bin Abi Rabah, Umar bin Abdil-Aziz, az-Zuhri, Imam al-Ghazali, Imam Daud dan Ibnu Hazm. Di kalangan ulamak-ulamak semasa hari ini, ulamak-ulamak aliran Salafiyyah amat keras menentang nyanyian, antara mereka ialah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Usaimin dan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Hujah mereka –antaranya- ialah; 1. Firman Allah (bermaksud); “Dan ada di antara...

JAMPI/MENTERA PENGASIH

Soalan; Assalamualaikum ustaz,saya sebagai hamba Allah amat musykil dengan adanya amalan, yang tidak diketahui di bolehkan atau tidak sehingga takut menjejaskan iman saya sebagai orang muslim (SYIRIK). Oleh yang demikian saya ada pertanyaan mengenai Ilmu Pengasih. Contohnya: Bismillahhirrohmanirrohim Mandiku mandi air Nur amanjani Siraman sekali mudalah kulitku Siram kedua datang kasih sayang sekalian yang memandang Siraman ketiga bur memancar cahyaku karena aku memakai pemikat bidadari dari syurga mustajab diaku kabul berkat izin Allah Nurun ala nurin bolehkah ianya di amalkan dan apakah ada kaitannya dengan pertolongan daripada makhluk halus? Diminta ustaz menghuraikan apa yang berada di benak saya selama ini.Minta pendapat daripada ustaz secepat yang boleh. Jawapan; Adalah lebih baik saudara/saudari meninggalkan jampi/mentera yang tidak jelas maksudnya dan tidak jelas dari mana datangnya kerana dibimbangi ia membawa kepada pemujaan selain Allah (memuja iblis, syaitan, jin atau seba...

GUNA MINYAK PENGASIH UNTUK SUAMI

Soalan; ASSALAMUALAIKUM, APAKAH HUKUM JIKA SAYA MENGGUNAKAN MINYAK PENGASIH KEPADA SUAMI? DENGAN NIAT SAYA INGIN MENJAGA RUMAHTANGGA...., INGIN SELALU DIKASIHI SUAMI...., DAN UNTUK ELAKKAN DARI PERGADUHAN. SUAMI SAYA SEORANG YANG CEPAT MARAH (BARAN). KADANGKALA BILA BERBUAL ADA YANG TERSILAP KATA, TERUS MARAH2. KADANGKALA SEHINGGA SELALU MAIN2 DENGAN PERKATAAN CERAI. SAYA TAK MAMPU LALUI SEGALANYA. SAYA JUGA TELAH MENGGUNAKAN MINYAK ANUGERAH SERI DAN SUAMI ISTERI. ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN. SEGALANYA KERANA ALLAH TAALA. NIAT SAYA SANGAT2 INGINKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN INGINKAN PERUBAHAN SUAMI. HARAP USTAZ DAPAT BANTU MENJAWAP. Jawapan; Elakkan dari amalan pengasih kerana ia membawa kepada Syirik. Berubat dengan syirik umpama mengambil dadah yang mana ia menenangkan seketika, tetapi membawa derita selama-lamanya di kemudian hari. Yakinlah kepada Allah, jangan berputus asa mengharap kepadaNya, jaga solat fardhu, banyakkan solat hajat dan beristighfar, manfaatkan ketika suju...

BERUBAT DENGAN BOMOH SIAM

Soalan ; Assalamualaikum Ustaz. Apakah salah dan dianggap syirik jika seseorang itu telah berusaha banyak kali dengan cara Islam untuk berubat membuang sihir  tetapi tidak sembuh. Dia ambil keputusan untuk melalui cara Siam untuk membuang sihir tersebut dan mendapatkan bantuan seorang yang bukan Islam yang berubat dengan cara Siam setelah dia mengetahui sihir ke atasnya adalah menggunakan cara Siam TETAPI yakin dan percaya sepenuh hati  perawatan yang beliau akan lalui dan alami adalah Allah yang akan membantu dan mengizinkan.    Jawapan ;   Keyakinan kepada Allah mesti diterjemahkan melalui keyakinan hati, lidah dan juga anggota (yakni amalan, perbuatan dan tindakan). Yakinlah kepada Allah dan berikhtiarlah tanpa mendatangkan kemurkaan Allah dengan bertandang ke tempat yang tidak diredhaiNya.   Rasulullah pernah ditanya tentang hukum berubat dengan arak. Lalu baginda menjawab; “Arak bukan ubat, tetapi penyakit” (HR Imam Muslim dari Wail al-Hadrami). Perhatikan, walaupun di sisi manusi...

MASALAH QADHA SOLAT YANG DITINGGALKAN DENGAN SENGAJA

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan. Seseorang hamba Allah yang telah banyak meninggalkan solat-solat fardhu sebelum ini tetapi telah kembali ke jalan yang benar dan beliau benar-benar amat menyesal akan perbuatan yang meninggalkan solat-solat fardhu sebelum ini sehingga setiap kali selepas berdoa pasti hamba Allah ini menitiskan air mata kerana menyesali perbuatannya. Maka hamba Allah ini telah mengerjakan solat sunat taubat dan berjanji tidak akan mengulangi solat-solat fardhu. Banyak amalan-amalan lain yang dilakukan seperti melakukan solat2 sunat, bersedekah dan melakukan amalan-amalan baik diredhai oleh Allah. Apakah perlu hamba Allah ini mengqadha semua solat-solat fardhu ini (jika ia telah meninggalkan solat2 fardhu selama 10 tahun)? Saya ada mendengar 3 pendapat: 1) Bahawa solat-solat ini tidak perlu diqadha kerana hamba Allah ini telah benar-benar menyesal tetapi jangan meninggalkan solat fardhu 2) Satu pendapat yang menyatakan solat boleh diqadha tetapi tu...

WANITA MENGANDUNG DAN GERHANA BULAN

Soalan; Assalamualaikum, Apa pandangan ustaz berkenaan pantang larang melihat gerhana bulan semasa mengandung? Terima kasih. Jawapan; Jika pantang larang itu dikait dengan agama, wajib ke atas orang yang mendakwanya untuk membawa dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika dikaitkan dengan suatu alasan saintifik, logik atau sebagainya, ia perlulah mengemukakan pandangan mana-mana saintis yang dipercayai. Jika tidak dikaitkan dengan mana-mana darinya (yakni tiada hujah agama dan tiada pula hujah saintifik), dibimbangi ia hanyalah khurafat semata-mata. Kepercayaan khurafat wajib dijauhi umat Islam kerana ia menjadi jambatan kepada syirik dan kerosakan aqidah. Pada zaman Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- pernah berlaku gerhana bulan pada hari yang sama berlaku kematian anak baginda bernama Ibrahim. Di kalangan sahabat ada yang cuba mengaitkan berlakunya gerhana bulan itu adalah kerana turut sedih atas kematian anak baginda. Lalu baginda bersabda membetulkan anggapan mereka; إن الشمس والقمر...

HUKUM MELUKIS KOMIK

Soalan; Assalamualaikum ustaz, Saya menpunyai masalah berkaitan dengan hukum melukis komik.Saya minat utk melukis komik dan masalah saya ialah saya mendengar sesuatu hadis yang berbunyi mengatakan ''Allah melaknat tukang lukis''.Jadi saya pun gelisah dan saya ada niat nak melukis utk berdakwah jadi macam mana itu ustaz? Jawapan; Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut; a) Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w.; إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَاباً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُونَ “Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis”. (Riwayat Imam Muslim). Berkata Imam at-Tabari; “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah…”. b...

MENGGANTUNG AYAT AL-QURAN

Soalan; Salam ustaz, saya ada kemusykilan berkaitan dengan penggunaan ayat khat Al-Quran di rumah. Saya merujuk kepada sebuah laman web http://emjayjb.multiply.com/journal/item/204 yang mengulas berkaitan penggunaan ayat-ayat khat Al-quran sebagai perhiasan di rumah seperti di kebanyakan rumah orang melayu islam di malaysia. Menurut ulasan laman web tersebut, penggunan perhiasan ayat khat di rumah tidak ubah seperti kita menggunakan tangkal dan adalah di larang di dalam Islam.Adakah benar dakwaan tersebut di sisi agama Islam. Sekian, salam. Jawapan; Ada dua perbezaan dalam masalah ini; Pertama; Menggantung ayat al-Quran di dinding untuk tujuan perhiasan, untuk peringatan dan sebagainya; ia diharuskan. Ayat al-Quran ditulis di dinding-dinding masjid (termasuk Masjidil-Haram) dan tidak ada ulamak melarangnya. Malah di kain penutup Kaabah sendiri penuh dengan ayat-ayat al-Quran. Setakat ini kita tidak mendengar ada ulamak di dalam maupun di luar Arab Saudi membantahnya. Kedua; Menggan...

MENUNTUT ILMU ALAM GHAIB

Soalan; Salam ustaz, masalah tentang saudara saya. Dia ingin dan berkeras hendak menuntut iLmu aLam ghaib. - Silat Harimau Putih - Ilmu Perubatan Alam Ghaib (jampi Mujarab) - Ilmu kebatinan - Pembukaan Kasaf pendengaran dan penglihatan - Terawangan - Qadam - Pengisian Ilmu Tahap Tertinggi - Salam jabat brantai - Scan - Terawangan - Ilmu Tn. Syekh Osman (parang terbang) - Pertapaan di bukit Qorbu,Jerai,ledang dan Gua Senyum Diatas adaLah jadual dimana mereka akan buat. Soalan saya diatas, adakah isLam membenarkan kita untuk menuntut ilmu yg saya nyatakan diatas ustaz? Adakah salah disisi agama islam? Dan pabila dia pergi menuntut ilmu itu apakah yg akan terjadi? Adakah dia menjadi PANAS bila dah menuntut ilmu itu ? Family saya mahupun dia tidak membenarkan dia pergi ustaz. Jawapan; Menuntut ilmu-ilmu tersebut adalah dilarang oleh agama kerana sebab-sebab berikut; 1. Ia membabitkan pemujaan kepada jin, maka akan membawa kepada syirik. 2. Ilmu-ilmu tersebut tiada sandaran dari al-Quran...

HUKUM BERAMAL DENGAN PETUA DAN PANTANG LARANG MELAYU

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar". Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini? Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan? Jawapan; Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya; 1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. F...

MERUNGKAI MASALAH KHILAFIYAH DAN BID'AH

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد: Berkata Syeikh Hasan al-Banna; “Khilaf Fiqh dalam masalah-masalah cabang hendaklah jangan menjadi sebab berlakunya perpecahan dalam agama dan membawa kepada permusuhan dan kebencian kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya….”. [1] Taujihat Hasan al-Banna tersebut sewajarnya menjadi ingatan setiap muslim hari ini kerana di depan kita ada matlamat perjuangan yang perlu kita capai. Kalau kita asyik bergaduh sesama sendiri dalam masalah furu’, sudah tentu penumpuan tidak dapat kita berikan kepada agenda yang lebih besar dan utama. Islam membenarkan berlakunya khilaf di kalangan para mujtahid dalam perkara-perkara furu’ yang tidak berkait dengan usul. Apabila berlaku khilaf tidak semestinya yang satu benar dan yang satu lagi salah, yang satu hak dan yang satu batil. Abu Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Dua orang lelaki keluar ...