Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan siaran yang sepadan dengan carian khuf

SAPU KHUF UNTUK 3 BULAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz,Saye nak tanye sesuatu..ni berkenaan dengan khuf..bagi seorang yangg musafir, dia dibolehkan menyapunya selama 3 hari 3 malam manakala untuk yang menetap di dalam kampung ada sehari semalam..tapi saya berada di luar negara dan sekarang ni sedang musim sejuk..kalau nak tanggalkan stokin dan basuh kaki tu memang sejuk sangat walaupun di dalam rumah..dan musim sejuk ni berlarutan selama 3 bulan..bolehkah saya mengamalkannya selama 3 bulan??(khuf atau jaurab) sekian, wassalam... Jawapan; Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh keharusan menyapu khuf bagi musafir selama tiga hari tiga malam, sementara bagi orang mukim (tidak musafir) pula sehari semalam. Apabila melepasi tempoh ini, khuf wajib ditanggalkan dan kaki wajib dibasuh sebagaimana biasa semasa mengambil wudhuk. Jadi, jika saudara ingin menyapu khuf sepanjang tiga bulan saudara berada di luar negara itu, hendaklah saudara menanggalnya setiap tiga hari, kemudian mengambil wudhuk sebagaimana biasa den...

MENYAPU STOKIN

Soalan; saya telah rujuk artikel ust dalam blog (Laman Fiqh Anda; http://fiqh-am.blogspot.com/ ). Saya ingin kepastian bagi asalah berikut; setakat mana stokin boleh diterima sebagai khuf atau jaurab? Daripada artikel ust, ianya mestilah1. Ianya hendaklah tebal, tidak nipis.2. Hendaklah berlapik dengan kulit dibawahnya (yakni di bahagian tapaknya).sudah pasti, stokin yang ada skrg... tidak berlapik dengan kulit di bawah....adakah stokin yang ada hari ini termasuk sebagai khuf atau jaurab?. Jawapan; Segolongan ulamak mengharuskan menyapu jaurab (sarung kaki) sekalipun nipis. Menurut Imam Nawawi; pandangan ini diceritakan dari Saidina ‘Umar r.a., Ali r.a., Abu Yusuf, Muhammad, Ishaq dan Daud az-Dzahiri. Mereka berdalilkan hadis dari Nabi s.a.w. yang menjadi dalil keharusan menyapu jaurab (sarung kaki) di mana baginda tidak membezakan antara jaurab yang nipis atau yang tebal. Hadis tersebut ialah dari Mughirah bin Syu’bah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dan ba...

ANTARA AIR MANI DAN AIR KENCING, ANTARA SOLAT DAN PUASA

Soalan; Assalamualaikum ya ustaz. Saya ingin bertanya beberapa kemusykilan kpd ustaz.. (1) Antara air mani dan air kencing yang mana lagi kotor (berat)? Kalau air kencing lebih berat, kenapa air kencing kita basuh di kawasan itu sahaja, tetapi keluarnya air mani mewajibkan kita mandi? (2) Antara ibadah solat dan puasa, yang mana lebih utama? Kalau solat lebih utama, kenapa wanita yang tidak boleh solat yakni datang haid tidak wajib mengqada' solatnya? tetapi, jika wanita tersebut (datang haid) meninggalka fardhu puasa, wajib pula mengqada' puasanya.. Semoga al fadhil ustaz dapat menyelesaikan kemusykilan saya ini..terima kasih ya ustaz..assalamualaikum.. Jawapan; 1) Mandi kerana keluar mani bukanlah disebabkan faktor najisnya mani itu , tetapi kerana arahan dari Syarak. Arahan itu terkandung dalam firman Allah; "Dan jika kamu berjunub (berhadas besar kerana bersetubuh atau keluar mani) maka bersucilah (dengan mandi wajib)" (al-Maidah; 6). Dan dalam sabda Nabi s.a.w.; ...