Soalan; apa hukum jika kaum wanita membuat rambut seperti rebonding, kerinting kan rambut mereka atau membuat treament rambut kaum hawa sendiri saya ada mendengar yang kesemua itu ada lah haram saya ingin megetahui nya kesahihan nya. Jawapan; Mengubah rambut sama ada meluruskannya, mengkerintingkannya dan merawatnya (penanaman rambut atau sebagainya) hukumnya harus dengan syarat-syarat berikut; 1. Tidak menggunakan bahan-bahan yang haram dan najis seperti lemak babi dan sebagainya. 2. Bahan yang digunakan tidak memudaratkan rambut atau badan. 3. Dengan tujuan yang harus; seperti berhias untuk suami, untuk merapikan rambut dan sebagainya. Adapun untuk didedahkan kepada orang lain yang bukan mahram atau untuk meniru gaya rambut orang kafir atau orang fasik, diharamkan kerana tujuan yang dilarang itu. Begitu juga, diharamkan orang lelaki meniru gaya rambut perempuan dan perempuan meniru gaya rambut lelaki. 4. Orang yang menjalankan khidmat mengubah rambut itu hendaklah perempuan juga. Ti...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.