Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2007

WANITA BERDANDAN DENGAN TUKANG RAMBUT LELAKI

Soalan: Adakah harus seorang lelaki membenarkan isterinya pergi mendandan rambutnya kepada tukang rambut atau tukang fesyen rambut lelaki? Jawapan; Bismillahir-Rahmanir-Rahim Menurut Syeikh Muhammad Khatir (mufti Mesir tahun 1977); "Tidak harus menurut pandangan Syara' seorang lelaki membenarkan isterinya untuk pergi mendandan rambut kepada tukang rambut lelaki kerana rambut wanita adalah aurat dan tidak harus dilihat oleh lelaki ajnabi (yakni yang bukan mahram), apatahlagi menyentuh dan mendandannya. Dan tidak sepatutnya seorang wanita Islam mendedahkan rambutnya (kepada lelaki yang bukan mahramnya), begitu juga tidak sepatutnya ia pergi kepada tukang rambut lelaki untuk mendandan rambutnya. Jika ia melakukan demikian, maka sesungguhnya ia telah melakukan suatu dosa yang besar". Wallahu A'lam. Rujukan; 1. Dipetik dari fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Iftak Mesir (Insitusi fatwa kerajaan Mesir) bertarikh 30 Oktober 1977, bernombor 724)