Soalan; Ada berita yang sampai kepada kita bahawa ada di antara penternak ikan keli yang memberi makan najis kepada ternakan mereka seperti daging babi, bangkai ayam dan sebagainya. Apa hukum perbuatan tersebut? Dan bagaimana pula kita yang memakan daging ternakan tersebut? Jawapan; Perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan Syariat Islam kerana Rasulullah s.a.w. menegah orang Islam memakan daging binatang yang memakan najis atau diberikan makan najis. Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; نَهَى رَسُوْلُ اللهِ عَنِ الْجَلَّاْلَةِ وَ أَلْبَاْنِهَاْ “Rasulullah telah menegah dari memakan al-jallalah ( yakni binatang yang suka makan benda kotor dan najis) dan menegah dari meminum susunya”. (Riwayat imam-imam hadis kecuali Imam an-Nasai. Hadis ini dikatakan hasan oleh Imam at-At-Tirmizi) Maksud al-Jallalah dalam hadis di atas menurut ulamak ialah; “Haiwan yang suka memakan benda kotor dan najis sama ada haiwan tersebut lembu, unta, kambing atau burung/ayam”. (Subulussalam, Imam as-Son’ani, jil.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.