Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

KRISTIAN

Soalan; 1. Kenapa terlalu sedikit maklumat tentang Nabi Isa dan Nabi Musa yang diketahui oleh umat Islam dibanding dengan orang Kristian. Kurangnya pengetahuan tentang dua watak utama ini adakalanya boleh dijadikan kelemahan umat Islam yang akan diputar-belitkan oleh pihak lain yang ingin menyesatkan umat Islam sendiri. Oleh itu, saya berharap saudara dapat mencadangkan kiranya ada kitab yang ditulis oleh ulamak kita sendiri yang boleh saya jadikan sumber rujukan untuk menambah pengetahuan saya tentang Nabi Isa a.s. dan Nabi Musa a.s. sebagai antara 25 rasul utama. 2. Bagaimana rupa bentuk kitab Injil dan kitab Taurat yang asal dan apakah isi kandungannya mengikut perspektif Islam? Dari; Nur, Kota Kinabalu, Sabah. Jawapan; Bismillahirrahmanirrahim. 1. Untuk dijadikan sebagai Aqidah memadai dengan apa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang soheh. Inilah yang menjadi pegangan para ulamak Islam dari dulu hingga sekarang. Al-Quran dan as-Sunnah yang as-Soheh tidak membentangkan seba

BENARKAH TIDAK DITERIMA RAMADHAN TANPA PUASA 6HARI BULAN SYAWAL

Soalan : Adakah benar jika seseorang itu tidak berpuasa enam selepas berpuasa ramadhan maka itu menunjukkan bahawa puasa ramadhannya tidak diterima ALLAH ? Jawapan ; Bismillahirrahmanirrahim Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sunat berdasarkan hadis sohih dari Nabi Muhammad SAW. “ Satu amalan sunat jika dilakukan adalah diberikan pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa.” Oleh demikian, tidak benarlah apa yang saudara sebutkan itu memandangkan puasa 6 hari bulan Syawal hanya sunat sahaja dan tidak menjejaskan puasa Ramadhan yang dilakukan sekiranya puasa 6 hari itu tidak dikerjakan. Apa yang boleh menjejaskan puasa Ramadhan ialah perkara-perkara yang kita lakukan semasa di bulan Ramadhan, di antaranya melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa atau tidak menajaga puasa dari sudut akhlak dan penghayatan. Wallahualam.

BERJUAL-BELI, TIDUR, MAKAN DAN BERAKAD NIKAH DI DALAM MASJID

Soalan; Adakah menjual barang di dalam masjid haram keseluruhannya? Bagaimana dengan menjual buku agama? Adakah harus tidur dan makan di dalam masjid? Bagaimana pula berakad nikah? Jawapan; Terdapat hadis menegaskan; أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم نَهَى عَنِ الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ فِي الْمَسْجِدِ وَأَنْ تُنْشَدَ فِيْهِ ضَالَّةٌ، وَأَنْ يُنْشَدَ فِيْهِ شِعْرٌ “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menegah dari berjual-beli di dalam masjid, mencari barang hilang di dalamnya dan mendendangkan syair di dalamnya”. (Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari ‘Amru bin Syu’aib dari bapanya yang meriwayat dari datuknya. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini hasan). Hadis di atas menunjukkan bahawa berjual-beli di dalam masjid adalah dilarang. Dalam masalah ini, ulamak-ulamak mazhab Hanbali paling tegas di mana menurut pandangan mereka; “Diharamkan sama sekali berjual-beli di dalam masjid dan jika berlaku maka jual-beli itu adalah batal”. Menurut pandangan ulamak-ulamak maz

MENGHIMPUNKAN NIAT PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA

Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan? Jawapan; Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu (kerana berbuka pada bulan Ramadhan), kemudian baru dia berpuasa enam, itulah yang paling baik (afdhal) kerana Rasulullah SAW bersabda; دَيْنُ اللهُ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَىَ “Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan” (HR Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas RA). Boleh juga menghitung puasa enam itu bersama dengan puasa qadha yang dilakukan dalam syawal itu mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafiie [1] . Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian dari mazhab-mazhab lain, di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan dibolehkan juga baginya untuk mendahulukan puasa enam dalam bulan

FIDYAH PUASA

Soalan; Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa? Bagaimana cara mengeluarkannya? Jawapan; Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah; “…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”. (al-Baqarah: 184) Orang-orang yang dituntut membayar fidyah puasa ialah; 1. Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit yang tiada harapan sembuh 2. Orang tua yang tiada lagi kemampuan/daya untuk berpuasa. 3. Wanita hamil yang berbuka puasa kerana bimbangkan kandungannya. 4. Wanita menyusu yang berbuka puasa kerana bimbangkan anak yang disusuinya itu. 5. Seorang yang mati sebelum sempat mengqadha’ puasanya 6. Seorang yang sengaja menan

BERNIAGA MAKANAN DI SIANG HARI BULAN RAMADHAN

Soalan; Apa hukum membuka kedai makan pada waktu siang di bulan Ramadhan? Jawapan; Puasa di bulan Ramadhan adalah kewajipan dalam Islam yang dinyatakan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kewajipan ini telah disepakati (ijmak) oleh sekelian ulamak kaum muslimin sejak mula ia disyari’atkan hinggalah ke hari kiamat. Rasulullah s.a.w. telah memberi satu ancaman yang keras terhadap orang yang sengaja berbuka puasa pada siang hari di bulan Ramadhan dengan sabda baginda; من أَفطرَ يوماً من رَمضَانَ من غَيرِ رُخصةٍ ولا مرضٍ لَمْ يَقضِ عنه صومُ الدَّهرِ كلِّهِ وإِنْ صامَهُ “Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya”. (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Seorang muslim yang menjual makanan kepada orang yang sengaja tidak berpuasa (tanpa ada sebarang keuzuran atau tegahan) pada siang hari di bulan Ramadhan ma

BERBUKA PUASA

Soalan: Mana yang terbaik; berbuka puasa sebaik sahaja azan berkumandang atau setelah azan tamat? Jawapan; Sedia diketahui bahawa di antara sunat-sunat puasa ialah menyegerakan berbuka iaitu terus berbuka apabila diyakini bahawa matahari telah terbenam dan sunat berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat maghrib. Tidak wajib orang yang berpuasa menunggu hingga habis azan baru berbuka kerana tempoh berpuasa ialah dari terbitnya fajar hinggalah terbenamnya matahari. Maka apabila telah pasti terbenam matahari, haruslah baginya berbuka. Tidak disyaratkan mendengar azan baru boleh berbuka kerana memastikan matahari terbenam boleh dengan melihat jam atau memerhati kedudukan matahari di kaki langit atau dengan pemberitahuan orang yang dipercayai,yakni tidak semestinya dengan mendengar azan sahaja. Nabi s.a.w. berbuka puasa sebelum baginda menunaikan solat maghrib kerana baginda sendiri pernah berkata; إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ، وَأَدْبَرَ النَّهارُ، وَغَابَتِ الشَّمْسُ، فَقَدْ أَفْطَرَ