Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2007

HUKUM MENYAMBUT HARI LAHIR

Soalan : Saya ingin mendapat pandangan ustaz berkenaan dengan amalan menyambut hari jadi ahli keluarga dan ulang tahun perkahwinan. Apa hukumnya? Jawapan; Mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul). Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia. Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan mas

WANITA BARU KEMATIAN SUAMI; HARUSKAH MENGERJAKAN HAJI?

iSoalan: Adakah wanita yang berada dalam eddah kematian suami diharuskan keluar bermusafir untuk mengerjakan haji? Jawapan; Apabila seorang wanita kematian suami, Syarak telah mewajibkan ke atasnya tiga perkara; 1. Bereddah; iaitu tidak berkahwin dengan lelaki lain sehingga tempoh waktu yang ditetapkan Syarak iaitu 4 bulan 10 hari jika ia tidak hamil dan jika ia hamil, eddahnya ialah hingga melahirkan anak. 2. Hidad; iaitu tidak berhias dengan sebarang bentuk perhiasan yang dapat dilihat oleh orang lain selama tempoh eddah di atas. 3. Luzum al-Bait; iaitu sentiasa berada di dalam rumahnya –iaitu rumah yang didiaminya bersama suaminya-, yakni ia tidak keluar darinya sepanjang eddah tersebut termasuk untuk bersembahyang di masjid atau bermusafir bagi menunaikan haji, umrah dan sebagainya. Telah diriwayatkan bahawa Saidina ‘Umar r.a. telah menegah wanita yang kematian suaminya dari mengerjakan haji semasa ia berada di dalam eddahnya. Menurut ulamak; haji tidak luput masanya kerana tempoh

KENCING BERDIRI

SOALAN : Kebanyakan masyarakat Islam di negara ini ramai yg kencing berdiri dan saya pernah mendengar Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengaku umat.. boleh ustaz perjelaskan apakah hukumnya. JAWAPAN : عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَانْتَهَى إِلَى سُبَاطَةِ قَوْمٍ، فَبَالَ قَائِماً، فَتَنَحَّيْتُ. فَقَالَ: "ادْنُهْ" فَدَنَوْت حَتَّى قُمْتُ عِنْدَ عَقِبَيْهِ، فَتَوَضَّأَ، فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ. Huzaifah r.a. menceritakan; Aku bersama Nabi s.a.w.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi s.a.w. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w.. Kebiasaan Nabi s.a.w. ialah kencing sam