Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya satu kemusykilan berkaitan roh.Soalan saya, di mana ruh sebelum ditiup ke dalam jasad ? Jawapan : Menurut Imam Ibnu Hazm, Allah menjadikan ruh-ruh secara berkumpulan sebagaimana sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ، فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ “Ruh-ruh diciptakan dalam kumpulan-kumpulan tersendiri. Mana-mana yang saling bersamaan dari mereka, akan akan saling berkawanlah dan mana-mana yang berbeza, akan saling bertelagahlah”. [1] Kemudian Allah mengambil penyaksian dari ruh-ruh itu terhadap rububiyah/ketuhananNya sebagaimana yang diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya; “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demi
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.