Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2025

PERLUKAH MAKMUM MENGAMINKAN SELAWAT IMAM DI DALAM QUNUT SUBUH?

Soalan; Perlukah makmum mengaminkan selawat imamnya semasa qunut? Jawapan;  Jawapan bagi soalan di atas bergantung kepada kedudukan selawat; apakah ia doa atau pujian? Kedua-duanya dapat diandaikan. Kerana itu terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam mazhab Syafiie sendiri; a) Ada berkata; ia adalah doa, maka makmum hanya perlu mengaminkan bacaan selawat imam. Pandangan ini disebut Imam al-Tobari. b) Ada berkata; ia adalah pujian, maka makmum perlu membacanya sendiri. Pandangan ini disebut Imam al-Ghazzi.  Pandangan yang muktamad ialah yang pertama. Namun Imam al-Khatib al-Syirbini dan Imam al-Baijuri mengesyorkan; sebaiknya kita menghimpunkan kedua-duanya iaitu; kita mengaminkan selawat imam, kemudian kita turut membacanya. Wallahu a'lam. Rujukan: Mughni al-Muhtaj, 1/371. Hasyiyah al-Baijuri 'ala Syarh al-Ghazzi, 1/316.