Langkau ke kandungan utama

Catatan

MAKSUD MUBAHALAH & PERLUKAH MUBAHALAH?

Soalan ; Assalamu alaikum, ustaz. Boleh ustaz terangkan tentang Mubahalah. Pada pandangan ustaz, perlukah DS Anwar melakukannya? Terima kasih atas penjelasan ustaz. Jawapan ; Huraian tentang maksud Mubahalah telah saya buat dalam jawapan sebelum ini. Sila baca " MUBAHALAH " dalam blog ini.  Mengenai perlu atau tidak DS Anwar melakukan Mubahalah, maka sebagaimana yang dijelaskan dalam jawapan tersebut; Mubahalah datang setelah kedua pihak berhujjah dan masalah yang timbul ialah persoalan besar yang membabitkan agama dan ummah. Jika setelah berhujjah masing-masing bertegas dengan pendirian masing-masing, pihak yang yakin dirinya benar boleh mencabar pihak satu lagi untuk bermubahalah, namun pihak yang diajak bermubahalah tidaklah wajib menyahutnya kerana hukum Mubahalah harus sahaja, tidak wajib. Dalam kes DS Anwar, tidak ada pertikaian dan perdebatan antara kedua belah pihak, akan tetapi tuduhan yang dilemparkan oleh satu pihak kepada pihak lain dan tuduhan itu bukan bersifat ...

KAWASAN MASJID YANG DILARANG UNTUK WANITA HAID

Soalan ; Assalamualaikum ust. Minta penjelasan. Apa hukum wanita haid duduk di serambi atau anjung masjid atau di tingkat bawah masjid yang digunakan untuk meletak dan menyimpan barang2 keperluan masjid, bukannya di tempat yang dikhaskan untuk solat? Adakah tempat2 tersebut dikira hukum masjid juga? Jawapan ; Kawasan yang dilarang untuk diduduki oleh wanita yang sedang haid ialah kawasan disediakan sebagai ruang solat atau diwakafkan sebagai tempat solat (oleh pemberi wakafnya). Adapun tempat-tempat yang bukan disediakan sebagai ruang solat (tetapi disediakan untuk tujuan lain seperti dewan orang ramai, bilik seminar, stor dan sebagainya), tidaklah dilarang wanita haid untuk duduk di situ walaupun kedudukannya bersebelahan dengan ruang solat.  Kalimah al-Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Sujud di sini adalah perkataan simbolik kepada solat kerana sujud adalah salah satu rukun utama di dalam solat. Mengikut istilah (yang sedia difahami di sisi ulamak); Masjid bermaksud tem...

BILA DIHARUSKAN MEMPERKATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN?

Soalan ; Salam ustaz, Saya khilaf tentang satu perkara. Dewasa ini banyak fitnah kerana perbezaan fahaman politik. Ada kawan saya mengatakan ketua A itu peminum arak dan kafir. Bila saya katakan  tidak mahu mendengar kerana takutkan itu fitnah, beliau mengatakan kepada saya, menurut ustaz beliau politik adalah hak bersama. Semua orang perlu tahu tak kisah lah sama ada ianya betul atau tidak. Tapi bukan kah menyebarkan berita yang buruk tentang seseorang apatah lagi diragui kesahihannya adalah mendatangkan fitnah ? Harap ustaz dapat berikan saya penerangan. Jawapan ;  1. Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya -tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Sama ada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, ...

SUAMI DAN ISTERI TIDAK SAMA MAZHAB & IMAM TIDAK MEMBACA QUNUT

Soalan : salam..saya dan suami baru mendirikan rumah tangga..suami saya sebelum ini belajar di indonesia..dia belajar agama ikut mazhab maliki mankala saya di malaysia mengikut mazhab syafie... sekarang ini saya dan suami menetap di Malaysia. terdapat 3 soalan di sini; 1. soalan pertama; antara saya dan suami..mazhab mana yang perlu diikuti?adakah saya perlu mengikut suami sedangkan kami berada di Malaysia yang mengikut Mazhab Syafie.. 2. soalan kedua; suami saya selalu menyentuh saya selepas beliau megambil wuduk..padanya tidak batal kerana beliau mengikut mazhab maliki..tetapi saya selalu melarang beliau menyentuh saya apabila saya berada dalam wuduk..saya keliru..yang mana perlu saya ikut.. 3. soalan ketiga; setiap kali solat subuh suami saya tidak membaca qunut..tetapi saya setiap kali subuh mesti baca qunut kerana ianya sunat yang dituntut..kalau kami solat berjemaah perlukah saya  melakukan sujud sahwi kerana suami saya tidak membaca qunut Jawapan ; 1. Mazhab-mazhab empat (Hanafi...

DOA DALAM SOLAT; BENARKAH TIDAK HARUS BERDOA URUSAN DUNIA?

Soalan ; slm ust, menurut apa yg sy pelajari, berdoa didalam solat itu hendaklah doa yang bangsa akhirat. adapun doa bangsa dunia adalah batal sembahyang. Jawapan ; Terdapat hadis di dalam Soheh Muslim menceritakan; Setelah Nabi mengajar bacaan tasyahhud, baginda berkata; "Kemudian setelah itu (yakni setelah membaca tasyahhud) hendaklah dia (yakni orang yang mengerjakan solat) memohon dari Allah apa sahaja yang ia kehendaki" (Soheh Muslim, Kitab as-Solah, bab at-Tasyahhud fi as-Solah). Berkata Imam an-Nawawi -mengulas hadis ini-; Antara yang dapat disimpul dari hadis ini ialah keharusan berdoa di dalam solat dengan apa sahaja doa yang dikehendaki dari urusan-urusan akhirat dan urusan dunia selagi ia bukan suatu dosa. Inilah pandangan mazhab kami (Syafiie) dan mazhab Jumhur (majoriti ulamak). Menurut Imam Abu Hanifah; Tidak harus melainkan doa-doa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi). Jadi menurut hadis dan ulasan ulamak di atas, tida...

BERDOA KETIKA SUJUD & SOLAT BERMAKMUMKAN KANAK-KANAK

Soalan; Assalamualaikum ustaz, saya ada dua soalan; 1. Mengenai doa dalam solat , sujud rakaat keberapakah doa itu di minta, adakah yang awal atau yang akhir dan bolehkah doa itu ditutur dalam bahasa melayu. 2. Soalan saya yang kedua,bolehkah kita niat menjadi imam kepada anak yang belum balih atau niat sembahyang sendiri. Sekian terima kasih assalamualaikum Jawapan; Berdoa ketika sujud 1. Mengenai doa di dalam sujud, terdapat hadis di mana Nabi bersabda; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah). Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud) maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat. Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang dipohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dil...

MEMAKAI SELUAR PENDEK

Soalan ; Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan. Apakah hukum memakai seluar pendek bagi lelaki dihadapan adik beradik atau mahram? Jawapan ; Sekiranya seluar pendek itu menutupi hingga keseluruhan paha, haruslah dipakai. Menurut jumhur (majoriti) ulamak; Aurat yang wajib ditutup oleh lelaki sama ada di hadapan wanita-wanita mahramnya atau bukan mahramnya (kecuali isteri) ialah dari pusat hingga lutut, berdalilkan hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan). Namun hendaklah dipastikan selamat dari timbulnya fitnah. Maksud fitnah di sini ialah timbulnya syahwat (keinginan) yang mendorong kepada zina sesama mahram. Jika dikhuatiri perkara tersebut, wajiblah lelaki memakai pakain yang lebih sempurna dari seluar pendek itu. Dalam suasana h...