Langkau ke kandungan utama

Catatan

NAFKAH ANAK KEMATIAN BAPA

Soalan; salam ustaz, sy nak tanya soalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak2 yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan Jawapan; Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah, Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dan k ewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga”. Berdasarkan ayat ini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek w...

HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA

Soalan;   assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnya daging gajah dan kuda untuk di makan...,,???? Jawapan; Bismillah, walhadulillah, wassolatu ala Rasulillah. 1. Daging gajah Menurut jumhur ulamak (mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali); daging gajah haram dimakan kerana ia tergolong dalam binatang bertaring.   Abu Tsa’labah al-Khusyani RA menceritakan; “Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-binatang buas” (Soheh al-Bukhari; 5530, 5780. Soheh Muslim; 1932). Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu’). Di antara contoh yang disebut ulamak bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa, harimau, serigala, gajah, kera dan seumpamanya (lihat; Nailul-Autar, as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu’, an-Nawawi; 9/14. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; perkataan “At’imah”). Menurut mazhab Maliki; haiwan...

ORANG YANG INGIN MELAKUKAN KORBAN; DILARANG MEMBUANG RAMBUT DAN KUKU

Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ. SAYA ADA BACA MENGENAI ORANG YANG NAK BUAT KORBAN  MAKA JANGAN POTONG RAMBUT DAN KUKU. BILA MULA ORANG ITU TIDAK BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DAN SAMPAI BILA. MOHON PENJELASAN.TERIMA KASIH. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. Disunatkan orang yang ingin melaksanakan korban untuk tidak memotong kukunya, mencukur/memotong rambut dan juga mencukur/mencabut bulu pada badannya sama ada bulu ketiak, bulu ari-ari, misai, janggut dan sebagainya apabila masuk bulan Zulhijjah dari hari pertamanya hinggalah setelah korbannya dilaksanakan. Jika dilakukan hukumnya adalah makruh. Ini berdalilkan sabda Nabi SAW; “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah (yakni mengetahui masuknya bulan Zulhijjah), sesiapa dari kamu yang ingin melakukan ibadah korban hendaklah dia menahan (menangguh) dari (membuang/memotong) bulu/rambut dan kuku-kuku di badannya hingga ia melaksanakan korbannya” (Soheh Muslim; 1977/41, dari Ummu Salamah RA)...

CARA PENGAGIHAN DAGING KORBAN NAZAR DAN KORBAN UNTUK SI MATI

Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ. BOLEHKAH DAGING KORBAN WAJIB/NAZAR/WASIAT DI AGIHKAN KEPADA ORANG KAYA. MOHON PENJELASAN,TERIMA KASIH. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Masalah di atas terdapat khilaf di kalangan ulamak; 1. Menurut mazhab Syafiie dan Hanafi; korban wajib (dengan sebab nazar atau sebagainya) wajib disedekahkan kesemuanya iaitu dengan diberikan keseluruhan daging korban kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya dan tidak boleh diberikan kepada orang kaya. Namun mazhab Maliki dan Hanbali; korban wajib tidak ada beza dengan korban sunat dari segi pengagihan dagingnya, iaitu boleh dimakan sama oleh orang yang melakukan korban dan keluarganya dan boleh diberikan kepada orang kaya. 2. Korban yang dilakukan bagi pihak orang telah mati (dengan wasiat darinya atau tidak) juga sama hukumnya seperti tadi di sisi mazhab Syafiie dan Hanafi; keseluruhan da...

KENAIKAN HARGA MINYAK DAN HUKUM TAS’IR (KAWALAN HARGA OLEH KERAJAAN)

Soalan; Saya terbaca tulisan seseorang yang mendakwa memperjuangkan dakwah sunnah. Dia beranggapan harga minyak dan barang naik bukan menjadi kesalahan kerajaan. Beliau berhujah dengan sebuah hadis, daripada Anas (bin Malik radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada masa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, harga barangan asasi naik. Maka para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga barang untuk kami.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah, Dia-lah yang menetapkan harga, menyempitkan, melapangkan dan merezekikan. Sesungguhnya aku berharap ketika aku berjumpa dengan tuhanku (Allah), tidak ada seorangpun yang menuntut kepadaku kerana suatu kezaliman yang menyangkut urusan darah (nyawa) mahupun harta (ekonomi)." [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1314 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan penetapan harga)] Betulkah pemahaman beliau tentang hadis tersebut? Jawapan; Bismillah, walha...

MASALAH MAKMUM KETINGGALAN FATIHAH

Soalan; salam tuan, saya ade beberapa soalan untuk pencerahan: 2. solat berjemaah -  individu merupakan jemaah masbuk, katakan individu mengikut imam pada rakaat ke-2 dan tidak dpt menghabiskan bacaan al-fatihah, individu tersebut tidak perlu menghabiskan bacaan tersebut dan perlu rukuk mengikut imam, yang saya ingin dapat kepastian adalah pada rakaat ke-3, sekiranya makmum tersebut masih tidak dpt menghabiskan surah al-fatihah dan imam telah rukuk, perlukah makmum tersebut menghabiskan bacaannya kemudian rukuk mengikut imam ttp jika makmum tidak sempat rukuk bersama imam adakah rakaat tersebut dikira @ masih perlu dilakukan sama seperti rakaat ke-2? Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu 'ala Rasulillah. 1. Jika kita tiba ketika imam telah rukuk, terus sahaja bertakbir masuk ke dalam solat (takbiratul ihram), kemudian takbir sekali lagi dan rukuk bersama imam. Ketika ini, gugur al-Fatihah dari kita dan ia ditanggung oleh imam. 2. Jika kita tiba ketika i...

BOLEHKAH MELAKUKAN SOLAT SUNAT BA’DIYAH DAN SOLAT WITIR SELEPAS JAMAK TAQDIM MAGHRIB DAN ISYAK?

Soalan; salam tuan, saya ade beberapa soalan untuk pencerahan: 1. solat sunat - bolehkan individu melakukan solat ba'diyah isya' & witir  selepas solat jamak taqdim maghrib dan isya'? Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Selepas melakukan solat secara jamak taqdim, kita dibolehkan terus melakukan solat ba’diyah isyak dan juga solat witir berdasarkan fatwa ulamak, antaranya Imam an-Nawawi yang menjelaskan dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin; “Bagi jamak isyak dan maghrib (secara taqdim), mulai dengan mengerjakan kedua solat fardhu (yakni maghrib dan diikuti isyak), kemudian diikuti solat sunat selepas maghrib, kemudian solat sunat selepas isyak, kemudian witir. Bagi jamak zohor dan asar, mulai dengan solat sunat sebelum zohor, kemudian solat zohor, diikuti solat asar, kemudian solat sunat selepas zohor, kemudian solat sunat asar” (Raudhatu at-Talibin, bab al-jam’u baina as-solataini, 1/402). Solat sunat yang datang selepas solat...