Isnin, 7 Januari 2008

PENYEMBELIHAN JANIN

Sabda Nabi s.a.w.;

ذكاة الجنين ذكاةُ أُمّه

“Sembelihan bagi janin dikira dengan sembelihan ibunya”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.. dan disohehkan oleh Ibnu Hibban)

Berdasarkan hadis ini para ulamak memutuskan bahawa apabila seekor binatang ternakan betina disembelih kemudian didapati di dalam perutnya terdapat janin atau anak, maka janin itu halal dimakan kerana sembelihan ke atas ibunya telah dikira sebagai sembelihan ke atasnya. Itu jika janin itu ditemui telah mati atau dalam keadaan di hujung nyawa (yakni hampir sangat kepada mati). Namun jika ia ditemui masih hidup dengan nyawa yang tetap (hayah mustaqirrah), maka wajiblah dilakukan sembelihan baru ke atasnya (yakni tidak memadai dengan sembelihan ke atas ibunya).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Subulus-Salam, Imam as-Son’ani, Kitab al-At’imah, bab as-Soid wa az-Zabaih.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...