Langkau ke kandungan utama

TERSARUNG KASUT KULIT BABI

Soalan; ustaz, semasa saya membeli-belah dan mencuba-cuba kasut (semasa di luar negeri), saya dengan tidak sengaja mencuba kasut yang diperbuat kasut babi. Ada jurujual yang bukan Islam yang menyedari saya telahpun menyarung kasut itu, dengan segera memberitahu kasut itu diperbuat dengan kulit babi. Saya dengan serta-merta melepaskan kasut itu dan melihat kotak kasut itu dan sahih ia diperbuat dari kulit babi. Sekarang saya lebih berhati-hati apabila mencuba kasut-kasut dikedai. Namun persoalannya sekarang ustaz, wajibkah saya mencuci kaki saya dengan 7 baldi air dimana 1 dilarutkan dengan tanah? Apakah hukumnya selama ini saya tidak menyegerakan cucian kaki saya itu? (Adapun pada masa itu saya tidak tahu bagaimana cara mencuci kaki dengan 7 baldi air itu dan meragui tentang perlunya) Sahkah solat2 saya selama ini? Tolong juga memperjelaskan tentang cara-cara menyucikan diri dengan kaedah yang disebut dan perkara yang menyebabkan perlunya cucian itu. Mudah-mudahan Allah memberkati Ustaz dengan menjawab kemusykilan saya ini. Terima kasih Ustaz.

Jawapan;

Jika kita menyentuh najis dalam keadaan kering -yakni kita tidak basah dan najis itu juga tidak basah-, tidaklah kita dituntut membasuhnya. Kerana itu, jika ketika menyarung kasut itu kaki puan/saudari dalam keadaan kering (yakni tidak berpeluh atau sebagainya) tidaklah puan/saudari dituntut membasuh kaki. Tetapi jika puan/saudari mendapati kaki puan/saudari sememangnya basah, maka menurut mazhab Syafi'ie; wajiblah puan/saudari membasuh kaki puan/saudari itu sebanyak tujuh kali basuhan; basuhan pertama dengan air bercampur tanah dan basuhan-basuhan selebihnya dengan air biasa sahaja. Adapun menurut mazhab-mazhab yang lain; memadai puan/saudari membasuhnya sebagaimana najis biasa (yakni tidak perlu sampai tujuh kali dan tidak perlu dengan air bercampur tanah). Malah ada ulamak berpandangan; semua jenis kulit binatang jika disamak -yakni dibuang lendiran dan darah dikulit hingga bersih- ia akan menjadi suci termasuk kulit babi (iaitulah pandangan Imam Daud az-Zahiri).

Untuk penjelasan tambahan berkenaan pendapat ulamak tentang najis babi, sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/12/menyucikan-bekas-bernajis-khinzir.html)

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Bidayatul-Mujtahid, jil. 1.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk