Selasa, 28 Julai 2009

Menamakan anak dengan nama malaikat

Soalan;

assalamualaikum ustaz..saya ada 1 kemusykilan. saya bakal menimang anak september nanti. saya bercadang untuk menamakannya mengikut nama malaikat. apakah hukumnya sekiranya menggunakan nama malaikat sebagai nama anak? diharapkan ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan kemusykilan ini. terima kasih.

Jawapan;

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.

Untuk penjelasan lanjut tentang "Panduan memberi nama anak", sila baca dalam satu lagi blog saya (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2009/06/panduan-memberi-nama-anak.html).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab (bab an-Nahyi ‘an at-Takanni bi abil-Qasim wa Bayani ma yustahabbu minal-Asma’).

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...