Langkau ke kandungan utama

Solat wanita yang mencukur bulu kening

Soalan;

assalamualaikum ustaz......
saya ingin bertanya soal cukur bulu kening. Adakah solat kita sah jika seseorang mencukur @ mencabut bulu kening?sedangkan kita tahu bahawa mencukur @ mencabut bulu kening adalah berdosa disisi Allah S.W.T kerana mengubah ciptaanNya.

Jawapan;

Jika suatu larangan atau pengharaman berkait secara langsung dengan ibadah iaitu ia menyangkuti rukun ibadah atau syarat-syarat sahnya, maka melakukan larangan tersebut akan menyebabkan batal ibadah. Contohnya, larangan solat di waktu terlarang, larangan solat dalam keadaan berhadas, larangan berpuasa pada hari-hari diharamkan berpuasa, larangan meninggalkan toma'nnah dalam solat dan sebagainya. Jadi, larangan-larangan ini membawa kepada batalnya ibadah jika dilakukan.

Namun jika larangan itu di luar dari ibadah, tidaklah ia akan membatalkan ibadah jika dilakukan semasa beribadah, yakni ibadah tetap sah sekalipun larangan itu berdosa. Contohnya ialah mengambil wudhuk dari bekas yang diharamkan (seperti bekas emas, bekas perak, bekas yang dicuri atau sebagainya). Wudhuk tetap sah sekalipun perbuatan menggunakan bekas yang diharamkan itu adalah berdoa. Contoh lain ialah; solat dengan memakai serban dari sutera atau memakai cincin emas (bagi lelaki) dan sebagainya.

Merujuk kepada masalah di atas, mencukur bulu kening adalah dilarang dan dosa besar, namun ia tidaklah ada sangkutan dengan rukun solat atau syarat sah solat. Kerana itu, solat wanita yang mencukur keningnya tetap sah (jika cukup rukun-rukun dan syarat-syaratnya) walaupun perbuatannya mencukur kening itu berdosa dan wajib bertaubat.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Risalah Fi al-Qawa'id al-Fiqhiyyah, Syeikh as-Sa'adi, hlm. 33.

Ulasan

missywawan berkata…
salam ustaz...
mengenai cukur bulu kening mendapat dosa besar...

adakah kita mendapat dosa jikalau suami yg menyuruh mencukur bulu kening?

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk...