Soalan; Salam ustaz, masalah tentang saudara saya. Dia ingin dan berkeras hendak menuntut iLmu aLam ghaib.
- Silat Harimau Putih
- Ilmu Perubatan Alam Ghaib (jampi Mujarab)
- Ilmu kebatinan
- Pembukaan Kasaf pendengaran dan penglihatan
- Terawangan
- Qadam
- Pengisian Ilmu Tahap Tertinggi
- Salam jabat brantai
- Scan
- Terawangan
- Ilmu Tn. Syekh Osman (parang terbang)
- Pertapaan di bukit Qorbu,Jerai,ledang dan Gua Senyum
Diatas adaLah jadual dimana mereka akan buat.
Soalan saya diatas, adakah isLam membenarkan kita untuk menuntut ilmu yg saya nyatakan diatas ustaz?
Adakah salah disisi agama islam?
Dan pabila dia pergi menuntut ilmu itu apakah yg akan terjadi?
Adakah dia menjadi PANAS bila dah menuntut ilmu itu ?
Family saya mahupun dia tidak membenarkan dia pergi ustaz.
Jawapan;
Menuntut ilmu-ilmu tersebut adalah dilarang oleh agama kerana sebab-sebab berikut;
1. Ia membabitkan pemujaan kepada jin, maka akan membawa kepada syirik.
2. Ilmu-ilmu tersebut tiada sandaran dari al-Quran dan as-Sunnah, oleh ia adalah Bid'ah.
3. Ada di antara ilmu tersebut adalah sihir dan mempelajari sihir dan mengamalkannya adalah dosa besar dan adakalanya boleh membawa kepada kufur dan murtad.
4. Mengamalkan ilmu-ilmu tersebut (contohnya; pertapaan) akan membawa kepada meninggalkan ibadah-ibadah yang disyari'atkan; solat berjamaah, solat jumaat, menuntut ilmu agama dan sebagainya.
5. Ilmu-ilmu tersebut akan menimbulkan ghurur (tertipu dengan diri sendiri), takabbur dan ujub dalam diri pelajar dan pengamalnya.
6. Ilmu alam ghaib hanya Allah dan Rasul yang mengetahuinya. Oleh itu ia tidak boleh dipelajari melainkan dari al-Quran dan as-Sunnah kerana hanya kedua sumber itu sahaja yang dijamin benar oleh Allah. Sesiapa mendakwa ia mengetahui ilmu ghaib sedangkan ilmu yang didakwa ghaib itu tidak pernah pun di sebut oleh al-Quran atau as-Sunnah, ia sebenarnya adalah pendusta dan pendusta tidak harus diambil ilmu darinya.
Seorang muslim dan mukmin tidak perlu kepada ilmu-ilmu tersebut. Jika kita inginkan perlindungan dan kekuatan diri, cukup dengan kita tingkatkan ibadah kita dengan Allah; solat berjamaah, solat malam, solat dhuha, solat-solat sunat yang lain, puasa sunat, membaca al-Quran, menuntut ilmu dari alim ulamak, berzikir dengan zikir-zikir yang maktsur dan banyak lagi ibadah-ibadah lain yang dapat kita lakukan. Di dalam hadis Rasulullah -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Jagalah hubungan kamu dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu" (HR Imam at-Tirmizi dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhu-). Menjaga hubungan dengan Allah ialah dengan kita menjaga iman kita, memelihara diri dari mensyirikkan Allah dan menjaga ibadah kita kepadaNya. Sebagai balasannya, Allah akan menjaga kita. Sesiapa yang dijaga Allah tiada siapa dapat memudaratkannya. Allah adalah sebaik-baik penjaga dan pelindung. Orang yang mencari penjagaan dan perlindungan dengan kuasa selain Allah, orang itu tidak kenal Allah, malah tidak kenal dirinya sendiri. Orang yang tidak kenal Allah dan tidak kenal diri, amat mudah ditipu oleh Iblis dan syaitan (sama ada syaitan di kalangan jib atau syaitan di kalangan manusia).
Wallahu a'lam.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
8 ulasan:
jahil makrifat dalam tersurat...jahil lagi hakikat dalam tersirat... :)
salam dari hamba...
ahlul bait "Dani Pawana"
aslmkum ustaz... benarkah keilmuan yg diperturunkan spt ini adalah bidaah dan syirik hukumnya??? bukankah ilmu2 sebegini pernah dimiliki oleh ulamak2 terdahulu, pahlawan2 terbilang 1 masa dahulu? sy juga amat berhati2 dalam mempelajari sesuatu ilmu kebatinan agar tidak melampaui batas sebagai makhluk ciptaanNya...
yg keduanya, adakah ulasan ustaz ini hanya jawapan ustaz tanpa bertanyakan atau mengkaji terlebih dahulu... bukankah menghukum sesuatu yg belum diputuskan SALAH boleh mendatangkan fitnah kpd seseorang?
maafkan sy ustaz... sekiranya, sememangnya benar mereka ini sesat... mmg wajar utk diambil tindakan oleh yg berwajib... namun sekiranya tuduhan melulu tanpa usul periksa, bukankah ini suatu fitnah yg mana boleh melemahkan ISLAM itu sendiri???
yg benar,
-KEBATINAN TANAH JAWI-
saya sokong, sila pantau persatuan berkenaan kerana mereka dah mula mengumpat blog ini dlm forum mereka
saya memerlukan lebih pemahaman kerana saya masih belum memahami jawapan uztaz sepenuhnya..kerana melalui apa yang saya ketahui dari orang2 yg mengamalkan ilmu2 tersebut...mereka menyatakan amalan mereka doa2 yg di baca dalam setiap perbuatan mereka masih berpandukan ayat2 suci AL-QURAN apakah perkara seperti itu di anggap syirik juga...(ingin TAHU)
ini ustaz pun tertipu dgn diri sendiri... hahaha
sila terangkan petikan dibawah :-
Menurut Syeikh Ahmad di dalam kitabnya Qawaid al-Tasawuf mengatakan di antara tujuan utama khalwat adalah untuk menyucikan hati daripada kotoran yang menyaluti serta mengosongkan hati untuk mengingati Allah Taala semata-mata. Beliau juga me...ngingatkan bahawa khalwat tanpa bimbingan syeikh adalah sesuatu yang merbahaya. Ini kerana khalwat mempunyai futuh (pembukaan) yang agung dan kadang-kala kurang sesuai (dibincangkan dan diceritaan) kepada sesetengah manusia.
Khalwat bukanlah rekaan golongan Tasawuf ataupun bidaah di dalam agama Islam, bahkan ia mempunyai sabit daripada perbuatan Rasulullah S.A.W. sendiri.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Aku mendiami (gua) Hirak selama sebulan. Setelah selesai daripada mendalaminya aku turun ke tengah-tengah lembah (kota Mekah).
(Riwayat Muslim).
Imam Nawawi di dalam kitabnya Bustan al-Arifin menukilkan kata-kata Imam Shafie:
Sesiapa yang inginkan supaya Allah Taala bukankan pintu hatinya dan memberikannya ilmu pengetahuan maka hendaklah dia berkhalwat, sedikit makan dan tidak bercampur gaul dengan golongan manusia yang bodoh serta sebahagian ahli ilmu yang tidak beradab dan tidak menginsafi diri
Khlawat ini mempunyai dua jenis;
1. Khalwat umum.
2. Khalwat khusus.
...Khalwat umum ini biasanya untuk golongan awam sahaja yang bersendirian berzikir kepada Allah Taala dengan pelbagai lafaz. Adapun khalwat khusus pula untuk golongan ahli Tasawuf yang sedang melalui jalannya. Pun begitu, mereka juga perlu dibimbing di dalam tempoh khalwat tersebut agar tidak tersasar dari landasan yang sebenarnya.

"Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval."
klu ini owner xda keluar ini komen ... hahaha aku taulah hang nie mcm mana...
Catat Ulasan