Thursday, 10 February 2011

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

35 comments:

  1. assalamualaikum,

    terima kasih ustaz atas jawapannya.

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz,
    saya difahamkan kene utamakan mak 3x dari ayah. jadi macam mane pula mak diletakkan dibawah daripda ayah kalau ikut turutan pemberian nafkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon. Maaf saya pun kurang arif, tapi ini pendapat saya. Pemberian dahulukan bapa sebab, tanggungjawab bapa utk beri nafkah kpd ibunya.

      Delete
    2. dari bukan ustaz,

      memang bagi ayah dahulu tapi perlu diingat, ayah pula akan belanja seperti beri nafkah kepada yg lain juga. ibu pula tak perlu nak beri nafkah.

      wallahualam

      Delete
    3. Itu bukan bab nafkah.

      Delete
    4. betul tu..sy pn paham ibu 3x drpd bapa...jadi mcm mana ustaz?

      Delete
    5. Sb mak kita bawah tanggungjawab ayah...ayah yg wajib bagi nafkah pada mak, bkn anak

      Delete
    6. Maaf kalau salah betulkan..y konsep 3x ialah untk ketaatan kepatuhan n seumpamanya..bkn Dr segi nafkah..pmberian pd isteri n ank adalah nfkah.pemberian kpd ayah IBU dan y lain2 adalah sedekah..
      Pemberian kpd IBU dibwh ayah kerana ayah lah y nnt akan menafkahkan IBU iaitu isteri dia.

      Delete
  3. As-Salam Ustad,
    Bagaimana dengan quantity pula? Berapakah jumlah minima yang perlu diberi? Kerana ada isteri-isteri yang meletakkan jumlah minima utk nafkah 'duit' yang diminta oleh suami yang membebankan suami walaupun isteri2 ini dah kaya raya oleh pekerjaannya. Mohon sedikit pencerahan.

    ReplyDelete
  4. Saya telah 4 thn berkahwin ttp sepanjang itu, suami jarang memberikan nafkah kpd saya. Saya banyak keluar duit utk dia dan anak2 sehingga terpaksa meminjam dari ibu kandung saya. Dia pula sibuk membayar hutang dan menolong ibubapa, adik adiknya tanpa hiraukan saya. Dia juga meminta duit saya untuk belanja hariannya. Kereta yang saya beli masa bujang dulu dipinjamkan kpd keluarganya tanpa apa2 bayaran. Sayalah yg membayar loan kereta. Kereta tidak berbasuh, x diservis dan diisi minyak. Apakah yg saya perlu lakukan? Suamj jenis keras kepala menangkan keluarganya. Saya dah sakit jiwa dan makin benci padanya. Tolonglah nasihati saya.

    ReplyDelete
  5. jawapan tak habis ni... boleh mengelirukan terutama disalah ertikan oleh puak puak yg mmg ada isu dgn mertua

    ReplyDelete
  6. jawapan tak habis ni. boleh mengelirukan dan jadi modal puak2 yg mmg ada isu dgn mertua..

    ReplyDelete
  7. lelaki yg bertanggungjwb mnjaga keluarga...sbb itu laaa ayah didahulukan..sama mcm pembahagian harta lelaki mndpt lbh dari wanita kerana di bwhnya terdpt tangunggan yg besar. Jadi jgn laaa abaikan isteri serta anak2 anda...

    ReplyDelete
  8. Jika setiap bulan suami tidak beri wang kepada isteri namun belanja dapur suami bayar dan keluar makan suami bayar, adakah ia dikira nafkah?

    ReplyDelete
  9. bagaimana pula dengan ibu mertua yang tggal sekali...dan menjaga anak kami?

    ReplyDelete
  10. sependapat dgn di atas.macam mana pula ibu jatuh ranking bawah ayah?musykil saya.betul ke ni?
    .

    ReplyDelete
  11. Mak tanggungjawab ayah.

    ReplyDelete
  12. sebabnya, ayah kene tanggung mak...

    ReplyDelete
  13. Faham lah saya ustaz... tp klu suami terlalu lebihkan kehendah keluarganya drpd keluarganya sendiri mcm mn nak tegur?

    ReplyDelete
  14. Ustaz..mcm mana pula dgn alasan suami yg asyik mendahulukan kehendak ibu fan bapa nya tanpa bertanya pendapat isteri dan di kemudian hari akan menyusahkan isteri...dgn alasan isteri terletak no.3 selepas ibu dan bapa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkin bleh beri hadis rasulullah s.a.w tersebut kepadanye..

      Delete
  15. Islam itu indah..tkleh main pakai logik akal..mmg Ibu diutamakan dlm smua hal 3x tp dlm hal nafkah ini lain kerana tangungjawap kita terhadap kluarga dan anak2 perlu didahulukan..dan mgapa bapak plak dulu dr ibu ,ini adalah kerana nafkah ibu akan trjaga jika kewangan sorg ayah stabil..mohon pencerahan jika salah..

    ReplyDelete
  16. Anak kena taat dengan ibu, jika ibu minta duit, wajibkah anak tersebut memberi?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,
    kalau benarlah hadith ini, maka ianya menceritakan berkenaan SEDEKAH dan BUKAN NAFKAH. Tq

    ReplyDelete
  18. adat melayu je yg suke sesangat taksub pade mak ngn bapak ni sampai harte pusake un mak yg ade power tuk tentukan,anak2 mane yg pandai amik ati hah,, bnyak la dapt bahagian,, bnyk da jadi kes cmni,,, temasuk la nafkah ni ha,, ni tertib yg nabi ajar,, memang bnyk hikmah un,, nafkah anak istri wajib,,klu da terpakai harte anak istri,, wajib bayar balik,,kecali depa halalkan,, jadi jan suke2 je men amik harte anak bini n buat macam harte sendiri,, sbb dari rezeki yg allah bagi pade kite ade hak yang allah amanahkan pade kite,,wajib kite nafkahkan,,,

    ReplyDelete
  19. Ada yg x betul nie dlm turutan niw

    ReplyDelete
  20. Bismillah. Sedekah dalam hadis di atas adalah nafkah, berdalilkan hadis lain di mana Nabi saw bersabda;
    مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَتَكَ ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ خَادِمَكَ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ
    "Makanan yang kamu berikan untuk diri kamu adalah sedekah. Makanan yang kamu berikan untuk anak kamu adalah sedekah. Makanan yang kamu berikan untuk isteri kamu adalah sedekah. Makanan yang kamu berikan untuk khadam kamu juga sedekah" (Musnad Ahmad; 17179, hadis hasan).

    ما أعطى الرجل امرأته فهو صدقة"
    "Apa yang diberikan oleh seorang lelaki (yakni suami) kepada isterinya adalah sedekah" (Musnad Ahmad; 17617, hadis soheh).

    Jadi nafkah adalah sebahagian dari sedekah, maka menganggap hadis di atas adalah berkenaan sedekah dan bukan nafkah, anggapan itu silap.

    ReplyDelete
  21. KENAPA BAPA DIDAHULUKAN DARI IBU DALAM NAFKAH?

    Susunan pemberian nafkah dalam jawapan di atas diambil dari kitab Dalil at-Talib (Syeikh Mar'a al-Maqdisi) dan syarahnya Manar as-Sabil (Syeikh Ibrahim Dhuyan) di mana pengarangnya mendahulukan bapa dari ibu (jika nafkah tidak mencukupi untuk menampung kedua-dua mereka) bersandarkan dalil berikut;

    1. Kedudukan bapa sebagai wali dan pemimpin keluarga. Status ini hanya dimiiki bapa, tidak ibu.

    2. Hak yang diberikan Nabi saw kepada bapa terhadap harta anak, di mana baginda bersabda;

    "Diri kamu dan harta kamu adalah milik ayah/bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, hadis hasan).
    Hadis ini memberi hak kepada bapa untuk mengambil dari harta anak (sekadar yang diperlunya).

    Pengarang juga menyebutkan; masalah ini terdapat khilaf di kalangan ulamak. Ada tiga pandangan;

    1. Ada ulamak berpandangan; bapa didahulukan dari ibu, berdalilkan dalil-dalil tadi.

    2. Ada ulamak berpandangan; ibu lebih dulu dari bapa, berdalilkan hadis yang menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi saw; siapakah yang paling layak aku berbuat baik kepadanya? Nabi menjawab; ibu kamu. Dia bertanya lagi; kemudian siapa? Nabi menjawab; ibumu. Setelah kali keempat bertanya, barulah Nabi saw menjawab; bapamu. (Musnad Ahmad; 20028, soheh lighairih).

    3. Ada ulamak berpandangan; kedua-dua mereka (ibu dan bapa) adalah setara, kerana ayat-ayat al-Quran tidak mendahulukan mana-mana satu dari mereka, akan tetapi menerintahkan kita berbuat baik dan berbakti kepada kedua-dua mereka secara bersama.

    وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
    "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa (kamu)" (surah an-Nisa', ayat 36).

    ReplyDelete
  22. Ilmu yg brmanfaat utk difahami & dipraktiskan, bukan sekadar mngikut adat.

    ReplyDelete
  23. Maaf nak bertanya.. mmg bapa menanggung keluarga.. tapi klw ibu dan bapa dah bercerai bagaimana pula.. adakah masih bapa diatas atau ibu yg diatas. Especially ibu tunggal yg bapa dah kahwin lain pun. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  24. Nafkah kepada ibu-bapa hanya diwajibkan ketika mereka miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Dalam kes ibu dan bapa bercerai, jika ibu berada (memiliki pendapatan atau harta) dan bapa pula miskin, bapa yang wajib dinafkahi dan ibu pula tidak wajib dinafkahi. Jika sebaliknya (iaitu ibu miskin, bapa berada), ibulah yang wajib dinafkahi. Jadi ukuran pertama siapa yang perlu dinafkahi ialah melihat kepada siapa yang memerlukan. Jika ibu dan bapa yang berpisah itu kedua-duanya miskin, wajiblah kedua-duanya dinafkahi. Jika pendapatan anak tidak mencukupi untuk menyara kedua-duanya sekali, ketika itulah timbul perbahasan ulamak tadi; siapa yang perlu didahulukan? bapa atau ibu? Mungkin yang rajih ialah pandangan yang ketiga, iaitu kita menyamaratakan antara keduanya, iaitu dengan memberi apa yang ada kepada kedua mereka sekalipun tak mencukupi.

    ReplyDelete