Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.
Jawapan;
1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

Ulasan
terima kasih ustaz atas jawapannya.
saya difahamkan kene utamakan mak 3x dari ayah. jadi macam mane pula mak diletakkan dibawah daripda ayah kalau ikut turutan pemberian nafkah?
Bagaimana dengan quantity pula? Berapakah jumlah minima yang perlu diberi? Kerana ada isteri-isteri yang meletakkan jumlah minima utk nafkah 'duit' yang diminta oleh suami yang membebankan suami walaupun isteri2 ini dah kaya raya oleh pekerjaannya. Mohon sedikit pencerahan.
memang bagi ayah dahulu tapi perlu diingat, ayah pula akan belanja seperti beri nafkah kepada yg lain juga. ibu pula tak perlu nak beri nafkah.
wallahualam
.
kalau benarlah hadith ini, maka ianya menceritakan berkenaan SEDEKAH dan BUKAN NAFKAH. Tq
مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَتَكَ ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ خَادِمَكَ، فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ
"Makanan yang kamu berikan untuk diri kamu adalah sedekah. Makanan yang kamu berikan untuk anak kamu adalah sedekah. Makanan yang kamu berikan untuk isteri kamu adalah sedekah. Makanan yang kamu berikan untuk khadam kamu juga sedekah" (Musnad Ahmad; 17179, hadis hasan).
ما أعطى الرجل امرأته فهو صدقة"
"Apa yang diberikan oleh seorang lelaki (yakni suami) kepada isterinya adalah sedekah" (Musnad Ahmad; 17617, hadis soheh).
Jadi nafkah adalah sebahagian dari sedekah, maka menganggap hadis di atas adalah berkenaan sedekah dan bukan nafkah, anggapan itu silap.
Susunan pemberian nafkah dalam jawapan di atas diambil dari kitab Dalil at-Talib (Syeikh Mar'a al-Maqdisi) dan syarahnya Manar as-Sabil (Syeikh Ibrahim Dhuyan) di mana pengarangnya mendahulukan bapa dari ibu (jika nafkah tidak mencukupi untuk menampung kedua-dua mereka) bersandarkan dalil berikut;
1. Kedudukan bapa sebagai wali dan pemimpin keluarga. Status ini hanya dimiiki bapa, tidak ibu.
2. Hak yang diberikan Nabi saw kepada bapa terhadap harta anak, di mana baginda bersabda;
"Diri kamu dan harta kamu adalah milik ayah/bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, hadis hasan).
Hadis ini memberi hak kepada bapa untuk mengambil dari harta anak (sekadar yang diperlunya).
Pengarang juga menyebutkan; masalah ini terdapat khilaf di kalangan ulamak. Ada tiga pandangan;
1. Ada ulamak berpandangan; bapa didahulukan dari ibu, berdalilkan dalil-dalil tadi.
2. Ada ulamak berpandangan; ibu lebih dulu dari bapa, berdalilkan hadis yang menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi saw; siapakah yang paling layak aku berbuat baik kepadanya? Nabi menjawab; ibu kamu. Dia bertanya lagi; kemudian siapa? Nabi menjawab; ibumu. Setelah kali keempat bertanya, barulah Nabi saw menjawab; bapamu. (Musnad Ahmad; 20028, soheh lighairih).
3. Ada ulamak berpandangan; kedua-dua mereka (ibu dan bapa) adalah setara, kerana ayat-ayat al-Quran tidak mendahulukan mana-mana satu dari mereka, akan tetapi menerintahkan kita berbuat baik dan berbakti kepada kedua-dua mereka secara bersama.
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
"Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa (kamu)" (surah an-Nisa', ayat 36).
Pemberian kpd IBU dibwh ayah kerana ayah lah y nnt akan menafkahkan IBU iaitu isteri dia.