Soalan; Assassalamualaikum ustaz.Apa hukum bercium mulut sesama wanita islam atas dasar sahabat?? krn bersentuhan kulit antara wanita tidak haram...
Jawapan
1. Ciuman antara sesama wanita di mulut; jika dengan syahwat, hukumnya adalah haram. Adapun jika tanpa syahwat, hukumnya adalah makruh kerana dikhuatiri membangkitkan syahwat. Hukum yang sama juga bagi sesama lelaki dan ciuman sesama mahram (yakni antara lelaki dan wanita yang ada hubungan mahram).
2. Diharamkan sama sekali antara lelaki dan wanita yang bukan mahram sama ada dengan syahwat atau tanpa syahwat kerana di antara mereka haram bersentuhan, apatahlagi berciuman.
3. Ciuman antara suami isteri adalah harus tanpa makruh kerana seluruh badan isteri atau suami adalah tempat yang diharuskan istimta' (berseronok).
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan "Famun".
2. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 36837.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan