Monday, September 16, 2013

PATUNG MAINAN ANAK BERUPA DAJJAL; MATA SATU

Soalan; As salamu'alaikum..ustaz..saya nak bertanya  satu soalan & berharap ustaz memberi pandangan ustaz..Mengenai watak kartun minion yg bermata satu dlm kartun dispicable me. saya telah membeli ank patung(soft toy) yg bermata satu tersebut untuk anak saya. Adakah perbuatan itu salah? Adakah ia akn terpesongkan akidah kita?? adakah akan mengkafirkan & mengjahilkan sifat seseorg tu? Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak terlintas & tidak ada niat lansung tentang anak patung yg menyerupai dajal..Sehingga ada segelintir hamba allah juga myatakan logo disney juga menyerupai mata satu dan disarankan supaya tidak membeli barang yg berjenama disney kerana logonya seakan akan bermata satu..adakah perbuatan saay salah, berdosa,&memesongkan akidah saya ustaz? harap ustaz dpt penjelasan yg lebih terperinci? terima kasih..

Jawapan

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Di antara tanda iman ialah kita menyintai orang yang dicintai Allah dan membenci orang yang dibenci Allah. Maksud menyintai itu termasuklah kepada sifat-sifat dan keperibadiannya. Dajjal adalah di antara makhluk yang dibenci Allah kerana ia menyesatkan manusia. Segala imej yang menyerupai orang yang dibenci Allah atau menggambarkan apa-apa sifatnya hendaklah dijauhi dari anak-anak sekalipun hanya berupa mainan.

2. Dari segi gambaran Dajjal bermata satu, gambaran itu tidaklah tepat. Apa yang disebut dalam hadis ialah; buta sebelah matanya, bukan bermata satu. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada Nabi yang diutuskan melainkan akan memperingatkan umatnya tentang seorang penipu yang buta sebelah matanya (iaitu dajjal). Ketahuilah bahawa ia buta sebelah matanya dan Tuhanmu tidaklah buta sebelah matanya. Di tengah antara dua matanya tertulis ‘kafir’” (Soheh al-Bukhari; 7408. Soheh Muslim; 2933, dari Anas bin Malik RA). Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda; “Dajjal itu mata kirinya buta, rambutnya lebat/kusut, serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga, sedang syurganya adalah neraka” (Soheh Muslim, 2934, dari Huzaifah RA).

3. Dari segi dosa, tidaklah dikira dosa perkara yang kita lakukan kerana tersalah atau jahil. Kita hanya berdosa jika tidak membetulkan kesalahan dan kejahilan itu setelah mengetahui apa yang benar tentangnya.

Wallahu a'lam.
Post a Comment