Friday, 29 June 2018

MENDENGAR AZAN KETIKA SEDANG SAHUR, BOLEHKAH TERUS MAKAN?

Soalan; kalau sedang makan sahur, lepas tu bunyi azan, boeh kah kita terus habiskan makanan tu? Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan.

Jawapan;

Jika diyakini subuh telah masuk (sama ada dengan mendengar azan atau melihat jam), wajib berhenti makan termasuk meluahkan apa yang ada di dalam mulut. Jika ditelan, batal puasa pada hari itu.

Ya, ada yang keliru dengan sabda Nabi SAW; "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah dia letakkan bekas hingga dia selesai minum dari bekas itu" (HR Abu Daud).

Para ulamak menjelaskan, azan yang dimaksudkan itu adalah azan pertama, kerana azan pagi pada zaman Nabi dibuat 2 kali; azan Bilal dan azan Ibnu Ummi Maktum. Azan Bila sebelum masuk waktu subuh. Azan Ibnu Ummi Maktum apabila telah masuk subuh. Nabi SAW bersabda;

"Bila kamu mendengar azan Bilal, teruskan makan dan minum hingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum (maka berhentilah makan)" (HR al-Bukhari dan Muslim).

Rujukan;

1. A - Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya, hlm. 72.

0 ulasan: