Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan siaran yang sepadan dengan carian Menyusui Anak Ketika Mengandung

MENYUSUI ANAK KETIKA SEDANG MENGANDUNG

Soalan; Apakah hukumnya dlm Islam seorang wanita yg sedang mengandung menyusukan bayinya (bayi lelaki) yg berumur 1 tahun. Adakah haram hukumnya? Saya ada mendengar pendapat drp org2 tua mengatakan tidak dibolehkan bg wanita yg sedang mengandung menyusukan lagi bayinya kerana susu ibu yg diberikan itu sudah menjadi milik adiknya yg didala kandungan itu dan ianya akan mendatangkan penyakit kpd si bayi yg menyusu tersebut. Tetapi drp pembacaan pula, saya ada terbaca artikel mengenai perkara tersebut. Artikel itu mengata tidak salah wanita mengandung menyusukan bayinya asalkan ianya tidak memudharatkan dirinya sendiri. Jadi saya ingin mendapatkan kepastian ustaz mengenai perkara ini dari segi hukum Islam. Jawapan; Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)”...