Jumaat, 25 Julai 2008

MENYUSUI ANAK KETIKA SEDANG MENGANDUNG

Soalan; Apakah hukumnya dlm Islam seorang wanita yg sedang mengandung menyusukan bayinya (bayi lelaki) yg berumur 1 tahun. Adakah haram hukumnya? Saya ada mendengar pendapat drp org2 tua mengatakan tidak dibolehkan bg wanita yg sedang mengandung menyusukan lagi bayinya kerana susu ibu yg diberikan itu sudah menjadi milik adiknya yg didala kandungan itu dan ianya akan mendatangkan penyakit kpd si bayi yg menyusu tersebut. Tetapi drp pembacaan pula, saya ada terbaca artikel mengenai perkara tersebut. Artikel itu mengata tidak salah wanita mengandung menyusukan bayinya asalkan ianya tidak memudharatkan dirinya sendiri. Jadi saya ingin mendapatkan kepastian ustaz mengenai perkara ini dari segi hukum Islam.

Jawapan;

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

1 ulasan:

Shahida Radze berkata...

alhamdulillah..terjawab persoalan saya...boleh explain kat mak saye n rakan2 nye...terima kasih ustaz..

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...