Soalan :
Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar puasa juga bila mampu?
Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak terus bayar fidyah sahaja atau kena bayar fidyah dan kena bayar puasa juga bila mampu?
Syukran Ustaz.
JazakALLAH Khayr
Jawapan:
Jika tidak mampu lagi berpuasa kerana dialysis terpaksa dijalankan juga di luar Ramadhan, dia boleh terus ganti dengan fidyah. Tidak dituntut lagi atas dirinya qadha. Allah SWT berfirman:
"...dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin" (al-Baqarah: 184).
Namun jika keadaannya pulih, wajib dia mengqadha puasanya, tidak memadai dengan fidyah itu sebagai ganti puasa.
Wallahu a'lam.
Ulasan