Assalamualaikum... 1.Apakah pandangan para jumhur ulama' jika tidak berkhutbah pada kedua² hari raya?? 2.Siapakah sahabat yang terawal dan terakhir wafat?? 3.Bolehkah bertayammum dengan salji?? 4.Apakah jawaban jumhur ulama' pada solat jumaat jika ma'mum sampai kepada 40 orang?? Dari: Hizbul-muslimin.uk Jawapan: Bismillahir-Rahmanir-Rahim Bagi soalan pertama; Khutbah bagi solat hari raya hukumnya sunat. Menurut Imam as-Syaukani; “Aku tidak menemui sebarang pandangan mewajibkannya”. (Nailul-Autar, Kitab al-‘Idain). Oleh demikian, solat hari raya adalah sah sekalipun tanpa diikuti dengan khutbah selepasnya. Namun perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, makruh –menurut mazhab Imam Syafi’ie- seorang menghadiri solat hari raya tetapi tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah. Bagi soalan kedua; Saya tidak pasti siapa sahabat paling awal meninggal. Adapun sahabat yang paling akhir mening...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.