Langkau ke kandungan utama

NAZAR

Soalan; Nazar, adakah wajib berturut-turut?

Jawapan;

FirmanNya;

Nazar dalam perkara kebaikan dan ketaatan wajib ditunaikan kerana Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيْعَ اللهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَ اللهَ فَلاَ يَعْصِهِ
“Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya (yakni menunaikan nazarnya). Sesiapa bernazar untuk melakukan maksiat kepada Allah, janganlah ia memaksiatiNya (yakni janganlah ia menunaikan nazarnya)”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan at-Tirmizi dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-)

Jika nazar dikaitkan dengan sesuatu seperti seseorang itu berkata; “Jika Allah menyembuhkan penyakitku, wajib atasku puasa sehari”, maka wajiblah ia menunaikan nazarnya apabila terhasil apa yang dikaitkan dalam nazarnya itu.

Jika seseorang bernazar untuk berpuasa selama beberapa hari –contohnya 8 hari sebagaimana soalan di atas- dan dalam nazarnya ia tidak menyebutkan berturut-turut seperti ia hanya menyebutkan; “Jika Allah menyembuhkan penyakitku, wajib atasku berpuasa lapan hari”, maka harus untuknya memilih sama ada hendak berpuasa berturut-turut atau berselang-selang. Tidaklah wajib ia berpuasa berturut-turut, cuma disunatkan sahaja. Yang wajib ialah ia menyempurnakan bilangan lapan hari itu.

Adapun jika ia mengikat nazar berpuasa itu dengan berturut-turut, seperti ia berkata; “Jika penyakitku sembuh, wajib atasku berpuasa lapan hari berturut-turut”, maka ketika itu wajiblah ia menunaikan puasa nazarnya itu secara berturut-turut. Jika ia telah berpuasa empat hari –sebagai contoh- kemudian di hari kelima ia berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan sengaja, wajiblah ia mengulangi semula puasanya dari awal.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. at-Tahzib Fi Fiqhi al-Imam as-Syafi’ie, Imam al-Baghawi, jil. 8, hlm. 150 dan 157.
2. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilafi al-Aimmah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin ‘Abdirrahman ad-Dimasyqi, hlm. 118.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...