Langkau ke kandungan utama

QADHA SOLAT

Soalan: Adakah saya wajib mengqadha (mengganti) solat yang telah saya tinggalkan? Bagaimana caranya untuk saya menggantikan solat-solat yang saya tinggalkan dalam jangka waktu yang lama?

Jawapan;

Solat atau sembahyang merupakan kewajipan dalam Islam yang mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang mukallaf. Al-Quran menegaskan;

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya”.
(an-Nisa’: 103)

“Kitaban Mauqutan” dalam ayat di atas bermaksud “Kewajipan yang ditetapkan ke atas mukallaf dan ditentukan waktu-waktunya”.

Al-Quran juga menegaskan;

“Peliharalah solat-solat kamu dan solat wusta (yakni solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan tunduk dan khusyuk”. (al-Baqarah: 238)

Apabila seorang muslim tertingal satu solat atau lebih, wajib atasnya mengqadha secara tartib (yakni mengikut urutan) jika bilangan solat yang tertinggal itu kurang dari lima solat. Jika lebih dari lima, maka tidak wajib tartib.

Jika ia mengetahui dengan pasti bilangan solat yang ia tinggalkan, hendaklah ia mengqadha dengan bilangan yang sempurna. Adapun jika ia tidak mengetahui dengan pasti, hendaklah ia mengqadha dengan bilangan yang kuat sangkaannya bahawa ia telah mengganti bilangan yang tertinggal itu. Ia hendaklah berusaha memastikannya sekadar termampu sekalipun ia tidak dapat menentukannya secara tepat.

Dengan melakukan demikian, akan gugurlah darinya dosa kerana meninggalkan solat. Tinggal lagi dosa melewatkan solat dari dari waktunya, maka dosa ini tidak terbebas darinya kecuali dengan taubat dan istighfar.

Bagi seorang yang meninggalkan solat dalam jangka-masa yang panjang seperti enam bulan sebagai contohnya, antara cara untuk ia mengqadha ialah dengan menentukan tempoh qadha mengikut tempoh lama ia meninggalkan solat itu, iaitu; setiap kali masuk waktu solat, ia menunaikan solat wajib di dalam waktu tersebut, kemudian diikuti dengan solat qadha yang sama jenis dengan solat wajib tersebut. Contohnya; apabila masuk waktu subuh, ia menunaikan solat subuh, kemudian setelah itu menunaikan pula solat qadha subuh. Bila masuk waktu zohor, ia melakukan seperti itu juga. Begitu juga pada waktu-waktu yang lain hinggalah sampai tempoh atau jangka-masa yang ia meninggalkan solat. Dengan melakukan demikian, akan bebaslah dari dirinya tanggungan solat yang ditinggalnya.

Adalah harus meninggalkan solat-solat sunat rawatib yang mengiringi solat-solat fardhu untuk memberi tumpuan kepada mengqadha solat-solat yang tertinggal, sehinggalah apabila selesai dari qadha barulah kembali kepada solat-solat sunat rawatib itu.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Yasalunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah (Jil. 4), Syeikh Dr. Ahmad as-Syirbasi, Dar al-Jil, Beirut – Lubnan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum ust, telah diterangkan tentang bagaimana susunan qada' solat di atas tetapi bagaimana pula dengan niatnya?adakah niat seperti biasa atau lain. Tolong jelaskan ustaz. Terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
Assalammualaikum ustaz,,,

Bolehkah seseorang itu mengerjakan solat sunat rawatib selepas selesai mengqadha solatnya. sebagai contoh:- selepas setiap solat fardhu,seseorang itu mengqadha solatnya yang terdahulu... kemudian melakukan solat sunat rawatib selepas solat qadha pada setiap kali mengerja solat fardhu yang lain.
Tanpa Nama berkata…
Bismillah. As-Salamu-Alaikum Ustaz Ahmad, saya nak tanya bagaimana jika seseorang yang dia mampu untuk melaksanakan solat namun dia bertangguh untuk tunaikan di rumah. Sedangkan surau dan kemudahan disediakan? Apa yang sepatutnya? Pendapat saya bahawa dia wajib untuk menunaikannya dengan kadar segera daripada manangguhnya. Wallahu-Alam. [diminta ustaz memberikan penerangan secara lebih mendalam]
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum, ustaz. Saya ingin bertanya. Jika seseorang itu tidak pernah mengerjakan solat, atau tidak mengerjakan solat 5 waktu selama bertahun tahun lamanya, bagaimana kah cara untuk mengqada nya? Adakah wajib orang itu mengqada setiap sembahyang yang telah di tinggalkannya?

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk