Langkau ke kandungan utama

ADAKAH DARAH NAJIS?

Soalan; Ustaz, adakah darah itu najis...? Adakah sah ibadat seseorang apabila ada setitik darah pada baju yang dipakainya ketika melakukan ibadat...? Saya berharap ustaz dapat jelaskan kemusykilan saya ini...Sekian

Jawapan;

Jumhur ulamak termasuk mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafi’ie dan Hanbali) berpandangan; darah adalah najis. Mereka berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor -……”. (al-An’am; 145)

Menurut jumhur ulamak; ungkapan “sesungguhnya ia adalah kotor” adalah merujuk kepada semua benda-benda yang disebut sebelumya iaitulah bangkai, darah yang mengalir dan daging babi.

Namun Imam as-Syaukani menyanggahi pendapat jumhur, di mana menurut beliau; darah tidaklah najis kecuali darah haid sahaja. Najisnya darah haid adalah berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh agar dicuci darah haid. Asma’ binti Abu Bakar r.a. menceritakan; Seorang wanita datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya; “Ya Rasulullah s.a.w.. Jika salah seorang dari kami pakaiannya terkena darah haid, apa yang perlu ia lakukan?”. Nabi menjawab; “Keriklah, gosok dengan air dan basuhlah/cucilah, kemudian pakailah ia untuk mengerjakan solat” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Darah-darah lain tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisannya, maka ia kekal atas hukum asalnya iaitu suci. Adapun ayat di atas, Imam Syaukani berpendapat; ungkapan “..sesungguhnya ia adalah kotor..” hanya merujuk kepada daging babi sahaja, bukan merujuk kepada semua benda haram yang disebut sebelumnya. Ini kerana dhamir (gantinama) yang digunakan ialah dhamir mufrad (satu) bukan jama’ (banyak). Sekalipun benda-benda yang disebut dalam ayat di atas haram dimakan, tetapi –menurut beliau- yang haram tidak semestinya najis. Haram atau halal sesuatu adalah berdasarkan nas. Begitu juga, najis atau tidaknya sesuatu juga perlu berdasarkan nas. Jika tidak ada nas, ia kekal atas sifat asalnya iaitu suci. Yang disebut oleh nas (ayat) di atas sebagai najis (kotor) secara jelas ialah daging babi sahaja berpandukan dhamir mufrad tersebut.[1]

Mengenai soalan kedua, -iaitu adakah sah ibadah (solat) seseorang jika di pakaiannya terdapat setitik darah-, para ulamak juga ada perbezaan pandangan;

1. Ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Hanbali menegaskan; batal solatnya dan wajib diulangi kerana ia menunaikan solat dalam keadaan tidak memenuhi syarat sahnya iaitu bersuci. Adapun sangkaannya semasa sedang solat –bahawa ia bersih dari najis-, maka sangkaan itu tidak dikira kerana telah terbukti salah. Kaedah Fiqh menyebutkan; “Tidak diambil kira sangkaan yag telah ternyata salahnya”.

2. Menurut mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah; tidak batal solatnya jika najis (darah) itu sedikit iaitu kurang dari kadar keluasan satu dirham (duit 10 sen). Jika najis itu banyak (iaitu melebihi keluasan satu dirham), batallah solat dan wajib diulangi semula.

3. Ada ulamak berpandangan; tidak batal solatnya secara keseluruhannya sama ada najis itu sedikit atau banyak jika kewujudan najis (darah) pada pakaian itu tanpa disedari. Mereka berdalilkan hadis dari Abu Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Suatu hari kami mengerjakan solat bersama Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Di tengah solat, Nabi menanggalkan dua kasutnya dan meletaknya di sebelah kirinya. Melihat berbuatan Nabi itu, kami pun turut melakukannya. Selesai solat, Nabi bertanya; “Kenapa kamu semua menanggalkan kasut?”. Kami menjawab; “Kami melihat kamu melakukannya, maka kami pun turut melakukannya”. Nabi berkata; “Di tengah solat tadi, Jibril datang kepadaku dan memberitahu bahawa di kasutku terdapat najis/kekotoran, maka kerana itulah aku menanggalkannya. Jika seseorang kamu datang ke masjid, hendaklah ia menterbalikkan dua kasutnya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis, hendaklah ia menggosoknya ke tanah, kemudian bolehlah ia menunaikan solat dengan memakai kasutnya itu” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Berkata Imam al-Khattabi; hadis ini menjadi dalil bahawa sesiapa menunaikan solat sedang di pakaiannya terdapat najis yang tidak diketahuinya, maka solatnya adalah sah dan tidak perlu ia mengulanginya”. Selain Imam al-Khattabi, ulamak yang berpandangan serupa ialah Imam Ibnu Taimiyyah. Di dalam al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibnu Taimiyyah menegaskan; “Sesiapa menunaikan solat dengan ada najis (di pakainnya) kerana lupa atau tidak tahu, tidak perlu ia ulangi solatnya”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Ad-Darari al-Madhiyyah, Imam as-Syaukani, halaman 18.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd, 1/100.
3. Al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibnu Taimiyyah, 5/327.
4. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 20.

Nota Kaki;

[1] Menurut Imam as-Syaukani, perkara-perkara yang ada dalil Syarak menyebutnya sebagai najis ialah;
1. Tahi dan air kencing manusia
2. Air liur anjing
3. Tahi binatang (khusus kepada tahi kuda, baghal dan kaldai sahaja menurut beliau)
4. Darah haid (lain dari darah haid (iaitu darah biasa) tidak najis menurut beliau).
5. Daging babi
Hanya lima di atas sahaja –menurut Imam Syaukani- yang mempunyai dalil yang jelas dari Syarak tentang kenajisannya. Selain darinya adalah khilaf di kalangan ulamak” (Ad-Darari al-Madhiyyah, halaman 18).

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Nape dok turut pendapat syaukani sedangkan JUMHUR kita kebelakang kan.Apa kita ingt alasan2 yg didatang olh syaukani JUMHUR tak tahu.Kemudian,kesemua ulama 4 tu adlh mujtahid mutlak,manakala syaukani?,,,Kita bukan merendah2kan beliau sbg yg jg sebagai ulama,tetapi siapa dia berbanding dengan JUMHUR ,,,,,Jumhur lbih selamat,,,,,,,,,,
Muhammad Naqueuddin berkata…
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Ustaz, di ibu jari kaki kiri saya terdapat satu bengkak yang kadang-kala terkeluar darah atau lendir putih atau nanah. Ketika saya hendak solat, walaupun sudah beberapa kali saya basuh ibu jari saya, darah akan berhenti seketika, dan ketika saya solat, darah itu akan keluar lagi. Boleh ustaz terangkan adakah solat saya sah atau tidak.
ndop berkata…
waa.. ini tadi saya hbs debat kusir sama tmn kos saya, dan akhrnya nemu ini.. dapat pencerahan deh..
Tanpa Nama berkata…
. assalamualaikum..boleh tak ustaz sediakan hadis menyokong hujah2 yang ustaz kemukakan ini?

Ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Hanbali menegaskan; batal solatnya dan wajib diulangi kerana ia menunaikan solat dalam keadaan tidak memenuhi syarat sahnya iaitu bersuci. Adapun sangkaannya semasa sedang solat –bahawa ia bersih dari najis-, maka sangkaan itu tidak dikira kerana telah terbukti salah. Kaedah Fiqh menyebutkan; “Tidak diambil kira sangkaan yag telah ternyata salahnya”.

2. Menurut mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah; tidak batal solatnya jika najis (darah) itu sedikit iaitu kurang dari kadar keluasan satu dirham (duit 10 sen). Jika najis itu banyak (iaitu melebihi keluasan satu dirham), batallah solat dan wajib diulangi semula.

sebab ustaz pun tahu ada hadis ini..

Qotadahbin Di’amah As-Sadusiy-rahimahullah- berkata,

إِذَا رَعَفَ اْلاِنْسَانُ فَلَمْ يَقْلَعْ فَإِنَّهُ يَسُدُّ مِنْخَرَهُ وَيُصَلِّيْ وَإِنْ خَافَ أَنْ يَدْخُلَ جَوْفَه فَلْيُصَلِّ وَإِنْ سَالَ فَإِنَّ عُمَرَ قَدْ صَلَّى وَجُرْحُهُ يَثْعَبُ دَمًا

"Jika seorang mimisan, lalu belum berhenti, maka ia menutup hidungnya, dan sholat. Jika ia khawatir kalau darahnya masuk ke dalam rongga tubuhnya, maka hendaknya ia (tetap) sholat, walaupun darahnya mengalir, karena Umar sungguh telah sholat, sedang ia mengucurkan darah". [HR. Abdur Rozzaq dalam Al-Mushonnaf (574)]


selain itu ada hadis ibnu mas ud yang selapas korbankan bitanang beliau terus sembahyang tanpa basuh darah sedangkan badan berlumuran darah,,
ada lagi hadis yang ali sembahyang dah dipanah dah baliau sembahyang dalam darah berluumuran daran sekali lagi agar dibuang panah,,ada lagi banyak hadis,,tapi ada ke hadis yang mengatakan darah itu najis secara jelas?..
Tanpa Nama berkata…
Jadi ustaz darah tu memang najis ke? Sebab semasa saya solat, kudis kaki saya terkupas dan mengalir darahnya. Saya hanya menyadari selepas saya solat. Adakah batal solat saya tersebut?

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk...