Langkau ke kandungan utama

HARTA AMANAH DAN WASIAT

Soalan; Ustaz, saya ingin mendapatkan pandangan ustaz berkenaan hukum harta amanah dalam keadaan yang akan saya terangkan di bawah ini :-

Seorang hamba Allah yang dinamakan sebagai "G" tidak mahu harta pesakanya dibahagikan kepada salah seorang warisnya (saya namakan sebagai D) yang berhak atas sebab-sebab peribadi. Jadi, semasa hidupnya, G telah memindahmilik harta tersebut kepada "H" untuk dipegang oleh "H" sebagai amanah bagi waris-waris G yang lain, iaitu A, B dan C. Pindahmilik tersebut telah didaftarkan di pejabat tanah dan dalam geran jelas menunjukkan H sebagai penerima pindahmilik dan Pemegang Amanah kepada A,B dan C.

Soalan saya, sekiranya G meninggal dunia, adakah harta tersebut dikira termasuk dalam harta pesaka G yang wajib dibahagikan mengikut hukum faraid?

Wassalam.

Jawapan;

Jika pindahmilik itu dibuat atas dasar hibah (hadiah), maka ia tidak lagi menjadi harta warisan kerana tanah itu telah menjadi milik orang lain melalui hibah itu. Adalah menjadi hak seseorang semasa hayatnya untuk menghibahkan benda/barang/tanah miliknya kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan kerelaannya -tanpa dipaksa-. Cuma jika ia mempunyai tujuan tidak baik di sebalik hibah itu -antaranya untuk menafikan hak sebahagian ahli warisnya dengan sengaja apabila ia mati kelak tanpa sebab yang mengharuskan- atau berlaku pilih kasih antara anak-anak dalam hibah itu, maka ia berdosa kerana niat itu. Adapun hibahnya itu adalah sah menurut jumhur ulamak -termasuk mazhab Syafie-. Untuk tambahan, sila baca;
(http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/03/pilih-kasih-antara-anak-anak-dalam.html)
(http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/03/wasiat-kepada-waris.html).

Wallahu a'lam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam...sy ingin bertanya jika geran tanah asal tiada pada ayah sy sedangkan adik beradik yang lain mengambil geran tersebut dengan alasan membayar cukai pintu, sehingga sekarang geran itu masih ada di tangan orang yang tidak berkenaan. sy juga mempunyai bilangan adik beradik tiri yang ramai..mungkin geran tersebut telah di bahagikan kepada hak masing-masing dan sy juga berfikir ada diantara mereka yang sudah mengagih kan bahagian masing-masing sedangkan ayah tidak tahu perkara tersebut.soalan sy apa akan terjadi kepada ibu dan sy jika ayah sudah tiada nanti
Tanpa Nama berkata…
salam ustaz...
1/4 drp 12 tu 3 bahagian (bukan 4)
jadi baki untuk anak-anak ialah 7 bahagian (bukan 6).

tq

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...