Langkau ke kandungan utama

URUTAN WANITA DAN DOKTOR LELAKI SAMBUT KELAHIRAN

Soalan; saya ingin mengetahui apakah hukum seorng wanita yg mengurut lelaki seperti urut batin?dimana wanita tersebut perlu bersentuhan kulit malahan alat sulit lelaki tersebut...dan bagaimana pula dengan hukum doktor lelaki yg menyambut kelahiran bayi?

Jawapan;

Diharamkan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram saling bersentuhan antara satu sama lain sama ada bersalaman, mengurut atau sebagainya kecuali ketika-ketika terdesak (darurat) sahaja. Sabda Nabi s.a.w.; “Jika salah seorang dari kamu menusuk kepalanya dengan jarum besi lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya” (HR Imam at-Tabrani dan al-Baihaqi dari Ma’qal bin Yasar r.a.). Adapun ketika terdesak (darurat), harus melanggar larangan sebagaimana kaedah Fiqh; “Darurat (terdesak) mengharuskan yang dilarang”. Namun larangan yang diharuskan kerana darurat hendaklah dilakukan setakat keperluan sahaja, tidak boleh berlebihan atau melampau.

Merujuk kepada soalan saudara; dalam suasana hari ini, kita merasakan tidak ada desakan untuk lelaki diurut oleh wanita memandangkan terdapat ramai tukang urut lelaki, malah lebih ramai dari wanita. Maka perbuatan tersebut adalah haram. Apatahlagi jika membabitkan aurat (lebih-lebih lagi kemaluan atau alat sulit). Para ulamak sepakat menegaskan; kawasan aurat pada badan lelaki atau wanita lain, haram kita melihatnya sekalipun tanpa syahwat, apatahlagi hendak menyentuhnya. Jika melihat sudah dianggap haram, maka menyentuhnya lebih-lebih lagilah haram. Nabi s.a.w.; bersabda; “Janganlah seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain dan janganlah seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain. Janganlah seorang lelaki berada bersama lelaki lain dalam satu pakaian/kain dan janganlah seorang perempuan berada bersama perempuan lain dalam satu pakaian/kain”. (Riwayat Imam Muslim)

Adapun doctor lelaki menyambut kelahiran bayi, ia juga diharuskan ketika terdesak (darurat) sahaja dengan syarat-syarat berikut;
1. Tidak ada doctor perempuan yang dapat menggantinya. Jika ada doctor perempuan, haram membenarkan doctor lelaki melakukannya.
2. Doktor lelaki itu hanya melihat dan menyentuh kawasan yang diperlukan sahaja, yakni hendaklah ditutup bahagian lain yang tidak perlu dilihat dan disentuh.
3. Hendaklah dengan kehadiran mahram, yakni ada bersama wanita yang melahirkan itu bapa, suami atau saudara lelakinya.
4. Situasi tersebut tidak harus dibiarkan berterusan berlaku. Menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam menyediakan pusat bersalin yang ditangani oleh doctor-doktor wanita supaya keadaan darurat ini tidak berterusan tanpa penyelesaian, yang mengambarkan seolah-olah masyarakat kita ialah masyarakat yang tidak menghiraukan hukum Syarak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatawa Dar al-Iftak Mesir

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum

ustaz boleh tolong saya jawap satu pertanyaan?

Saya perempuan, dan berkahwin.
Sejak kecil, saya ada satu tabiat pelik - saya suka mendera pusat saya, misalnya meletakkan benda berat di atasnya. Pabila remaja, saya menusuk benda tajam seperti jarum, paku, lilin cair ke dalamnya. Ia satu pleasure bila saya berjaya membuat perkara-perkara tersebut, dan puas.

Sehingga kini, saya masih melakukannya. Setelah berkahwin, saya baru tahu bahawa tabiat-tabiat ini merangsang nafsu syahwat. Pemangkin. Membayangkan sahaja sudah menjadikan saya horny.

Dulu saya ingatkan saya tak betul, tetapi sejak mengenali internet, saya tahu bukan saya seorang mengalami perasaan sebegini. Navel torture, istilah di Internet menjadikan saya yakin ada ramai orang seperti saya, tapi mungkin ramai yang malu mengaku atau bercerita.

Adakah saya bermasalah? terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...