Langkau ke kandungan utama

TARAF HADIS

Soalan; ustaz, saya ingin bertanya mengenai taraf hadis berikut,adakah ini daripada hadis sahih atau bagaimana?
1)"Kita baru kembali dari jihad kecil menuju jihad besar." Para sahabat bertanya, "Apakah jihad besar itu." Rasul menjawab, "Jihad melawan hawa nafsu."
2)Kalian telah datang dari sebaik-baik tempat berlalu dan kalian telah berlalu dari jihad kecil menuju jihad besar. Mereka berkata, "Apa jihad besar itu?" Nabi menjawab, "Jihad seorang hamba menundukkan hawa nafsunya."Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Matan hadis bagi terjemahan yang saudara maksudkan itu ialah;

رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر

قدمتم خير مقدم من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر . قالوا : وما الجهاد الأكبر ؟ قال : مجاهدة العبد هواه

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan al-Khatib dari Jabir r.a.. Menurut Imam al-Baihaqi sendiri; isnadnya (yakni jalan periwayatannya) adalah dhaif. Imam as-Suyuti berkata; hadis ini adalah dhaif (lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 6107). Imam al-‘Iraqi juga menegaskan perkara yang sama dalam Takhrijnya ke atas Ihya’ Ulumiddin (karya Imam al-Ghazali) (lihat; Ihya’ Ulumiddin, jil. 3, kitab Riyadh an-Nafs). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis tersebut adalah munkar.[1] Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawanya menolak penamaan jihad menentang kuffar sebagai al-Jihad al-Asghar (jihad kecil), kerana –menurut beliau- jihad menentang kuffar adalah di antara amalan-amalan paling besar (dalam Islam). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar; hadis tersebut masyhur pada lidah-lidah (yakni selalu disebut oleh orang ramai), namun yang sebenarnya ia adalah ungkapan Ibrahim bin Ablah, bukan ucapan Nabi s.a.w.. (lihat; as-Silsilah ad-Dha’ifah, Syeikh al-Albani, hadis no. 2460).

Wallahu a’lam.

Nota Kaki;

[1] Hadis munkar ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang dhaif berlawanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang tsiqah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Allah Berfirman dalam Surah 4 Ayat 87 :
Allah: tidak ada tuhan selain Dia. Dia tentu sekali akan memanggil kamu semua pada Hari Kebangkitan-hari yang tidak dapat di elakkan lagi. Siapakah yang benar CERITANYA selain dari ALLAH?

Surah 4 Ayat 122.
Dan bagi orang orang yang percaya dan mengamalkan kehidupan yang lurus, kami akan memasukkan mereka didalam taman taman yang mempunyai air sungai sungai yang mengalir, disana mereka akan tinggal berkekalan untuk selama lamanya. Itulah perjanjian yang benar dari Allah. Perkataan siapa lagi yang benar selain dari Allah?

Renungkan Surah 3 Ayat 78
Ada diantara mereka yang memutarbelitkan lidah mereka untuk meniru kitab, kamu sangka ianya adalah dari kitab, padahal itu bukannya dari kitab, dan mereka mengatakan yang ianya dari Allah, padahal ianya bukan dari Allah. Begitulah mereka membuat kebohongan dan membuat kenyataan yang salah terhadap Allah dengan sengajanya.

Surah 9 Ayat 31.
Mereka telah menjadikan ketua ketua agama dan ulama' ulama' sebagai tuhan tuhan,* dan bukannya Allah. Yang lainnya mengingkari Al-Masih anak Maryam. Padahal mereka kesemuanya telah diperintahkan supaya menyembah hanya satu tuhan. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala kepujian bagiNya, jauh keatas dari mempunyai pasangan pasangan.

http://submission.org

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...