Langkau ke kandungan utama

TEMPOH NIFAS

Soalan; Ustaz, aaya ada satu kemusykilan berkaitan dengan tempoh nifas, saya terbaca di dalam kitab fiqh sunnah-syed sabiq(terjemahan) mengatakan maksimum 40 hari (berdasarkan hadis), sekiranya selepas tempoh tersebut jika masih ada darah maka wajib solat, tetapi ada juga yang mengatakan 60 hari..Mohon penjelasan ustaz, terima kasih..

Jawapan;

Darah nifas bermakna darah kelahiran, iaitu darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas melahirkan anak. Berapa lama darah nifas ini boleh berlanjutan? Persoalan ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;

1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).

Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan orang yang sulasul-baul (yakni orang yang menghadapi penyakit kencing tak putus) dan tertakluk dengan hukum-hakam mereka sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (sila rujuk; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).

2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 1/251.
2. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/482-484.
3. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 292.
4. Al-Wajiz Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Quran al-‘Aziz, Dr. Abdul Adziem Badawi, hlm. 58.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ustaz..
saya nakbertanya kepada ustaz.
apakah hukum darah bagi wanitayang keguguran. umur kandungan 3 bulan.
Unknown berkata…
salam..

saya ada kemushkilan berkenaan dgn darah nifas. sekiranya selepas 2 minggu sudah tiada lagi darah, adakah kita perlu mandi wajib dan mengerjakan solat seperti biasa.
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum,

ustaz,insyaallah saya akan melahirkan anak dalam bulan puasa, saya ingin bertanya jika darah nifas saya hanya untuk seminggu atau dua, adakah saya harus berpantang sehingga 40 hari atau saya diwajibkan mandi dan menunaikan ibadah selepas 10 hari itu?
qawie armani berkata…
jadi ustaz..kita perlu ikut yang mana...40 hari atau 60 hari...jika selepas 40 hari masih ada darah,,adakah perlu solat seperti biasa atau menunggu hingga 60 hari..?
qawie armani berkata…
jadi ustaz..kita perlu ikut yang mana...40 hari atau 60 hari...jika selepas 40 hari masih ada darah,,adakah perlu solat seperti biasa atau menunggu hingga 60 hari..?
azla berkata…
kemusykilan saya ialah berkaitan darah nifas yg keluar dan berhenti,kemudian keluar lagi dalam tempoh 40 hari.Ia masih lagi dipanggil darah nifas.Bagaimana nak tentukan darah nifas betul2 dah habis sekiranya keadaan sedemikian berlaku.
Unknown berkata…
Saya bersalin caeserian dan sudah 35 hari masih lagi mempunyai darah nifas. Maksud huraian ustaz mengenai masalah ini,darah nifas maksima adalah 60 hari dan tidak boleh solat atau mengerjakan amalan yang memerlukan seorang wanita berkeadaan suci dari hadas dalam tempoh ini jika masih ada darah yg keluar.
Bio Aura Water Filter -Harga Promosi Penapis Air Bermineral

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk