Isnin, 17 November 2008

MAKNA TOMANINAH

Soalan; ustaz,saya ingin bertanyakan tentang tomaninah ustaz.boleh ustaz tolong jelaskan lebih teperin ci apakah itu tomaninah.?

Jawapan;

Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Dalam pengertian lain; tomaninah ialah memastikan anggota-anggota badan yang terbabit berada tetap dalam posisinya sebelum berpindah ke rukun yang lain. Contohnya; tomaninah ketika sujud ialah dengan memastikan angota-angota sujud iaitu dahi (beserta hidung bagi sebahagian ulamak), dua tangan, dua lulut dan dua kaki (yakni hujung-hujung jarinya) berada tetap di atas lantai sebelum bangkit dari sujud itu. Sekurang-kurang kadar masa bagi tomaninah ialah kadar masa sekali tasbih. Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku’, I’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); “…..kemudian (setelah membaca al-Quran) ruku’lah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan ruku’ itu, kemudian bangkitlah dari ruku’ hingga badan kamu lurus/tegak berdiri, kemudian sujudlah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud itu, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk (antara dua sujud) itu. Seterusnya kamu lakukanlah sedemikian pada (rakaat-rakaat) solat kamu keseluruhannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; “Tidak sah solat seorang lelaki yang tidak menetapkan tulang sulbinya semasa ruku’ dan sujud” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Mas’ud al-Badari r.a.. Hadis ini menurut beliau; hasan soheh).

Berkata Imam al-Harrani; “Penyebab paling banyak bagi kerosakan solat kebanyakan orang ialah kerana mereka mengambil mudah dalam mempelajari ilmu tentang tomaninah dan dalam melaksanakannya semasa melakukan rukun-rukun solat” (Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 1040).

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. Faidhul-Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 154 dan 1040.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 163.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengajian Kitab Sairus Salikin oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki al-Nadwi

Tarikh: 24 Dhulqaedah 1429/ 22 November 2008 (Ahad)

Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya (akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan)

Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari

http://pondokhabib.wordpress.com

kulatlapok berkata...

salam Ustaz:

Sayan ada satu kemusykilan berkaitan dengan sembahyang jamak dan qasar. Saya dari Melaka ke A/Setar pada hari Khamis dan bertolak pagi dengan disertakan niat untuk sembahyang jamak n qasar. Tetapi bila tiba hari Jumaat, saya mengerkajakan solat Jumaat. Bangaimana solat asar untuk saya himpunkan dalam solat Jumaat atau zohor.??

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...