Langkau ke kandungan utama

BERKONGSI MAS KAHWIN

Soalan:
assalamualaikum ustaz...
ustaz, saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan mas kahwin...dibeberapa negeri yang tidak ditetapkan nilai mas kahwin (terengganu dan kelantan), duit hantaran (yang jumlahnya ribuan ringgit) selalunya dijadikan mas kahwin. sekiranya duit untuk dijadikan mas kahwin tersebut dikongsi antara bakal pasangan suami isteri tersebut untuk mencukupkan jumlahnya, apakah hukumnya?..adakah sah pernikahan tersebut?

Jawapan :

Perkahwinan itu sah. Mas kahwin adalah hak isteri apabila sempurna akad. Jika mas kahwin itu dikongsi bersama, maka yang datang dari bakal isteri itu boleh dianggap sebagai hibah dari beliau atau boleh juga dianggap sebagai hutangnya kepada bakal suaminya. Jadi, ia bergantung kepada niat dan persetujuan bersama.
Apa-apa pun yang membabitkan maskahwin ia tidak akan menjejaskan perkahwinan jika akad perkahwinan dilaksanakan dengan memenuhi rukun dan syarat-syaratnya. Maskahwin bukanlah menjadi rukun dan syarat sahnya suatu perkahwinan, akan tetapi ia adalah kesan dari akad. Apabila sempurna akad, maka otomatik maskahwin menjadi milik isteri dan dikira hutang yang tertanggung atas suami. Jika telah ditentukan jumlahnya di dalam akad, maka jumlah itulah yang menjadi hak isteri. Jika tidak ditentukan di dalam akad, maka ia hendaklah dirujuk kepada mahar (maskahwin) misil.
Wallahu a'lam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
SY KURANG FAHAM TTG MAS KHWIN?ADAKAH TETAP DI ANGGP UTNG WALAU BAKAL ISTERI IKHLAS BERKONGSI?
Bawang Goreng berkata…
Assalamualaikum...

Kongsilah selagi boleh kongsi. Orang perempuan ni kalau dah bercinta tahap gaban biasanya tak berkira nak berkongsi apa saja, bergolok bergadaipun tak kisah, tapi bila suami tu senyap2 pasang cawangan lain bermati-matianlah dia pertahankan haknya yg takleh berkongsi suami. Habis semua yg dikongsinya selama ini diungkit-ungkit sampai ada yg jatuh kufur... Aduhai kaum ku...

Saya kongsikan hadis pilihan hari ini, mungkin ada yg dah tahu, mungkin juga ada yg masih tidak tahu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.” (Hadis Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim)

Semoga bermanafaat.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Ustaz,
Sy menggunakan wang maskahwin sy untuk membuat wang pendahuluan membeli kereta. Apa yang saya fahami, mas kahwin adalah hak mutlak seorang isteri. Sy tidak kisah suami turut mennggunakan kereta tersebut. Tetapi dia mengajak ahli keluarganya menggunakannya bersama. Saya rasa terkilan disebabkan ahli keluarganya menggunakannya dengan sewenang2nya. Malah saya sendiri amat sayangkan kereta saya dan menjaganya dengan baik. Saya merasakan bahawa hak saya 'tidak dihormati' malah saya amat marah. Apaka hukumnya, ahli keluarganya yang menggunakannya sedangkan sya tidak rela dan hanya membenarka sumi sy menggunakannya?????


HAMBA ALLAH
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum....

Salah satu tanggungjawab isteri adalah menghormati mertuanya, berkata baik, mentaati suruhan suami selagi tidak bercanggah dgn agama. Namun, saya amat berkecil hati dengan sikap suami dan mertua. Sepanjang saya di rumah mertua, hati saya sering terguris dengan kata-kata suami dan mertua, bahkan sy slalu menangis mengenangkan kehidupan saya yang semakin suram walaupun baru berumahtangga. Apa yang harus dilakukan agar suami tahu menjaga hati saya. saya lebih tertekan bila bapa saya turut dihina. Saya tidak rela bapa saya dihina. ini menyebabkan saya amat membenci suami dan mertua. berdosakah saya? suami menyuruh saya menghormati keluarganya tetapi dia sendiri, tidak serupa bikin. ini menyebabkan saya tidak ada rasa hormat kepada suami dan mertua...

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk