Isnin, 1 Jun 2009

MASALAH FARAID

SOALAN : ASSALMUALAIKUM. ustaz saya ingin bertanya bagaimana pembhagian harta peninggalan arwah ibu saya mengikut faraid kepada
1. Bapa
2.Ibu arwah mak
3.Abang sulung saya yang sudah berkahwin & ada 2 orang anak (lelaki&perempuan)
4.Seorang lagi abang dan adik lelaki saya yang belum berkahwin
5.Saya(anak perempuan) yang sudah berkahwin tetapi tiada anak.
6. 3 orang adik perempuan saya yang belum berkahwin
Saya berharap persoalan ini dapat dirungkaikan. Terima kasih ustaz

JAWAPAN :

Berdasarkan penerangan saudari, Ibu saudari meninggal dengan meninggalkan waris-waris berikut;
1. Suami
2. Ibu (iaitu nenek saudari)
3. 3 orang anak lelaki
4. 4 anak perempuan
5. Cucu-cucu.
Pembahagian faraidnya adalah seperti berikut;
1. Suami; akan mendapat 1/4 dari harta peninggalan.
2. Ibu; akan mendapat 1/6 dari harta peninggalan.
3. Baki harta akan di kongsi oleh anak-anak lelaki dan perempuan dengan nisbah 2:1, yakni anak lelaki akan mendapat sekali ganda bahagian anak perempuan.
4. Adapun cucu-cucu; mereka terhalang dari mendapat harta peninggalan kerana si mati mempunyai anak-anak.
Jika harta dibahagi 12 bahagian, maka suami akan mendapat 4 bahagian (1/4 dari 12), ibu mendapat 2 bahagian (1/6 dari 12) dan bahagian selebihnya (iaitu 6 bahagian) diagihkan antara anak-anak mengikut nisbah tadi.
Wallahu a'lam.

3 ulasan:

Iris berkata...

Assalamualaikum Ustaz.

Sekiranya harta simati adalah wang simpanan kwsp, dan telah di letak penama1 dan penama2, adakah perlu utk melakukan faraid? Dan bagaimana pembahagian nya mengikut faraid sekiranya masih ada:-
1. Isteri
2. Seorg anak lelaki yg sudah berkahwin , mempunyai 2 anak perempuan
3. 2 org anak lelaki yg belum berkahwin
4. seorg anak perempuan yg dah berkahwin, ada 2 org anak perempuan
5. seorg sedara lelaki seibu sebapa
6. seorg sedara perempuan seibu sebapa

Terima kasih ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum Ustaz. Saya ingin bertanya pembahagian harta peninggalan kakak saya yang meninggal dunia. Harta tersebut berupa harta pusaka arwah ayah saya yang telah dibahagikan kepada anak2 secara faraid. Kakak mempunyai sorang suami tp tiada anak. 3 org kakak. 2 orang adik lelaki. Adakah suami arwah kakak saya layak terima harta tersebut.

hasfa berkata...

Salam Ustaz. Ayah sudah lama meninggal.Ibu saya pula baru meniggal ogos 2010. Berkaitan pembahagian pusaka mengikut faraid. Adakan harta si Ibu juga tertakluk? Saya anak lelaki yang ke3 dari 3 beradik. 2 adalah perempuan. Dimasa hayatnya bapa telah menyerahkan/ menukar nama hartanah kepada Kakak yang sulung untuk memudahkan pembahagian jika dia tiada. Malangnya tidak dinyatakan kepada saya tentang kadarnya. Saya tidak bertanya takut disalah anggap. Apa2 keputusan memang tanpa pengetahuan kecuali antara bapa juga ibu dengan kakak yang sulong. Setelah kematian Ibu pula setahu saya dia telah menamakan semua harta seperti simpanan kwsp dan bank kepada Kakak saya yang sulong untuk diuruskan. sehingga kini taiada apa2 pengumuman yang saya dapat. Saya juga tidak berani bertanya. Persoalannya Ustaz, saya cuma inginkan hak saya. Adakah saya ada hak samada dari harta ayah atau pun dari harta ibu. Terima Kasih Ustaz.

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...