Langkau ke kandungan utama

UKURAN DUA MARHALAH

Soalan;

Assalamu'alaikum,

Dalam Kitab Sabilul Muhtadin sifir jarak jauh ini ditulis lagi bahawa satu mil ialah bersamaan 6000 hasta. Kalau dikira 1 hasta bersamaan 1.5 kaki maka jadilah 1 mil itu bersamaan dengan 9000 kaki atau 2.7432 km dan kalau angka ini di kali dengan 48 mil maka ukuran jauh untuk 2 marhalah ialah 131.6736km. Lebih 41km lagi dari 89 km.

Adakah unit mil dalam dalam kitab itu bermkasud 'mile' (batu), kalau 'ya' betullah fatwa 89km. Bagaimana kalau mil itu adalah unit khas seperti barid, farsakh, hasta, jari, syaghir dan rambut kuda dalam sifir untuk ukuran panjang atau jarak jauh yang ditulis oleh Al Banjari lebih 200 tahun lalu tanpa mahu mengguna unit ukuran penjajah.

Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Ukuran KM adalah ukuran baru zaman ini. Oleh itu, apabila kita ingin memakai ukuran tersebut bagi masalah fekah kita hari ini, maka rujukan muktamad ialah Fuqahak semasa hari ini kerana mereka lebih mengetahui zaman ini termasuk ukuran yang diguna-pakai hari ini. Merujuk kepada kitab-kitab Fiqh semasa hari ini, 2 marhalah ditetapkan -mengikut ukuran KM- antara 85KM - 90KM.

Menurut Mu’jam Lughatul-Fuqahak tulisan Prof. Dr. Muhammad Rawas Qal’ah Ji; satu marhalah diandaikan sebanyak 24 Mil Hasyimi (atau 8 Farsakh) dan ia menyamai 44 790 Meter (yakni; 44.790 KM). Jadi, dua marhalah menyamai; 89580 Meter (iaitu lebih kurang 89 KM atau 90 KM).[1]

Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitab Fiqhnya “al-Wajiz” menganggarkan jarak dua marhalah ialah 88.704 KM.[2] Syeikh Muhammad ‘Ali as-Shabuni menganggarkan 84 KM.[3]

Wallahu a'lam.



[1] Lebih terperinci; 1 Mil menyamai 1000 depa (الباع) . 1 depa menyamai 4 hasta (الذراع). 1 hasta menyamai ukuran hari ini; 46.656 cm. Jadi, 1 depa menyamai; 186.624 cm (yakni 46.656 cm x 4). Maka, jarak 1 Mil menyamai 186624 cm (iaitu 1866.24 meter atau 1.866 KM). Oleh kerana 1 Marhalah adalah 24 Mil, maka jaraknya dalam KM ialah; 44789.76 meter atau 44.790 KM. Dan dua marhalah ialah; 89580 Meter (iaitu lebih kurang 89 KM atau 90 KM). Lihat; Mu’jam Lughatul-Fuqahak, hlm. 420.
[2] Jil. 1, hlm. 266.
[3] Lihat kitab beliau “al-Fiqh asy-Syar’ie al-Muyassar”, hlm. 131.

Ulasan

aiman jamsari berkata…
Salam alaik..adakah 2 marhalah itu jarak antara tempat kite dan tempat menuju atau 2 marhalah itu jarak perjalanan kita? Sekiranya saya berjalan melebihi 2 marhalah(jarak pergi dan balik), bolehkah membuat jamak?

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk