Langkau ke kandungan utama

BERINTERAKSI DENGAN WANITA TIDAK BERTUDUNG

Soalan;

Assalammualaikaum Ustaz..
Saya tertarik jawapan ustaz mengenai rambut wanita berdosa jika dilihat oleh lelaki.Soalan saya bagaimanakah kita hendak mengelak daripada melihat aurat wanita (terutamanya rambut) dizaman era moden ini kerana rata2 rambut wanita terdedah disana sini.Adakah kita tidak boleh berurusan (urusan kerja atau sahabat) langsung dengan wanita yang tidak memakai tudung?Adakah kita tidak boleh menonton television langsung kerana terdapat bnyk wanita yang tidak bertudung,sedangkan television adalah sumber keperluan di zaman sekarang untuk tujuan maklumat?Minta penjelasan Ustaz..Terima Kasih..

Jawapan;

Berinteraksi dengan wanita yang bukan mahram (yakni bercakap dan berurusan dengannya) adalah harus, tiada sebarang tegahan dari Syarak pada asasnya. Namun hendaklah menjaga adab-adab yang ditetapkan Syarak termasuk yang berhubung dengan pandangan. Harus lelaki memandang wanita ajnabi dengan memelihara tiga perkara;
1. Hanya memandang kepada tempat yang bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.
2. Memandang tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram memandangnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.
3. Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.

Apabila terpaksa berinteraksi dengan wanita yang tidak menutup aurat (memperlihatkan rambut atau sebagainya), jika dapat menundukkan pandangan itulah yang sebaik-baiknya. Jika tidak dapat dielakkan dari memandangnya, pandanglah ke mukanya sahaja sekadar perlu sahaja tanpa berlebihan. Selesai urusan, beredarlah tanpa menunggu atau bersembang-sembang yang tidak perlu. Menjaga pandangan sekalipun dirasakan remeh, tetapi ia memelihara iman di hati.

Mengenai televisyen, ia adalah ujian dan fitnah besar kepada umat zaman ini. Amat sedikit orang Islam yang dapat mengelak darinya dalam keadaan banyak perlakuan yang bercanggah dengan Syaria’t terdapat dalam televisyen itu. Hukum Syari’at adalah kekal dan tidak akan berubah sekalipun zaman berubah. Yang haram di sisi Syari’at tetap haram sekalipun orang ramai tidak menghiraukan hukum tersebut. Di antara kesilapan yang dilakukan oleh umat Islam hari ini ialah mereka memandang Islam dalam ruang yang sempit iaitu ibadah khususiyah sahaja dan mereka tidak melihat Islam dalam aspek-aspek yang lebih luas (politik, ekonomi, perniagaan, teknologi, media masa dan sebagainya). Kerana itu mereka membiarkan teknologi dipelopori oleh orang bukan Islam dan ternyata orang-orang bukan Islam telah mencorakkannya mengikut acuan mereka. Sedangkan teknologi jika dikuasai oleh orang Islam, dunia ini pasti akan dapat diimarahkan dengan Syari’at Allah dan itulah yang dikehendaki Allah untuk umat Islam lakukan. Kita tidak boleh menghalang dunia dari televisyen, tetapi kita boleh mencorakkan televisyen mengikut acuan Islam jika kita berusaha ke arah itu, insya Allah.

Wallahu a’lam.

Ulasan

syauqi sabah berkata…
assalamualaikum. semoga ustaz dlm keadaan sihat. sy ada menyimpan banyak kertas kerja dr manhal pmram. antaranya krts krja ustz bertajuk: "Zakat Fitrah dan perlaksanaannya masa kini". sy brminat utk memasukkannya dlm posting blog sy pd 10 hari terakhir ramadhan secara beransur2. hrp ustaz izinkan. syukran. wassalam
Tanpa Nama berkata…

salam ustaz..
saya nak tanya..kalau saya dan suami bergurau2 dan membelai kemaluan suami..tiba2
kel
uar air mazi suami...adakah ia najis jika terken
a pa
kaina..dan lain-lain..sedangkan ketika itu bukan dlm keadaan solat..apakah..ia najis yg dimaksudkan hanya dlmkeadaan solat..atau ia di kira najis spt air kencing..saya amat keliru..
dan saya ingin kepastian ..adakah salah suami saya menggunakan kain pelikat yg sudah terkena air mazi ketika berseronok2 dgn saya..adakah masih di kira sah solatnya kalau dia menggunakan kain tersebut?
Tanpa Nama berkata…
thanks

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk...